top of page
Search

PISMP & Laluan ke Profesion Keguruan Tahun 2026

Mar 1
5 min read

Laluan ke  profesion keguruan bagi lepasan SPM/ STPM/ STAM/ MATRIKULASI melalui PISMP KPM.



laluan profesion keguruan

Saban tahun, permohonan untuk program-program Pendidikan khususnya di universiti awam adalah antara yang tertinggi.

Kerjaya keguruan sememangnya antara yang popular di kalangan pelajar atas pelbagai faktor antaranya minat, dorongan keluarga dan aspirasi untuk menyumbang kepada pembangunan generasi akan datang.


Permohonan guru KPM IPG DPLI



Kerjaya keguruan juga tidak tertakluk kepada perjawatan di sekolah-sekolah bantuan kerajaan sahaja malah terbuka untuk perkhidmatan di sekolah-sekolah swasta/ persendirian/ antarabangsa dan MRSM, malah ada yang menawarkan perkhidmatan sebagai guru persendirian untuk “home schooling” atau membuka pusat-pusat tuisyen sebagai kerjaya.


Berdasarkan data oleh KPM, jumlah perjawatan guru bagi sekolah KPM adalah 431,229 orang dengan jumlah diisi adalah 410,336. Pada April 2023, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka permohonan untuk pengambilan guru khususnya bagi menangani isu kekurangan ini iaitu seramai 19,431 guru atau 4.49 peratus di seluruh negara membabitkan beberapa mata pelajaran.



Permohonan guru KPM IPG DPLI

Kekurangan ini adalah disebabkan guru keluar daripada sistem atas pelbagai faktor termasuk bersara, meninggal dunia, letak jawatan dan sebagainya. Daripada jumlah tersebut, seramai 9,552 graduan pendidikan telah ditawarkan jawatan guru gred DG41 bagi pengambilan tahun ini.


Sehubungan itu, bidang perguruan sememangnya sentiasa mempunyai permintaan disebalik pelbagai cabaran dalam meningkatkan kualiti pendidikan serta kebergantungan ibu bapa untuk melahirkan para pelajar yang bersaing sengit untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi pada masa depan.



Laluan ke Profesion Keguruan

Bagi para pelajar yang berhasrat untuk menceburi kerjaya keguruan, adalah amat penting untuk mengetahui laluan ke profesion keguruan dan membuat pilihan paling ideal sesuai dengan kelayakan anda. Bagi tujuan perjawatan keguruan, calon perlu menamatkan pengajian sekurang-kurangnya peringkat Sarjana Muda dalam Bidang Pendidikan.


Antara universiti yang menawarkan program-program Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan adalah seperti berikut:


Universiti Awam:

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Universiti Malaya (UM)

Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Universiti Putra Malaysia (UPM)

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Universiti Sains Malaysia (USM)

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Universiti Utara Malaysia (UUM)


IPTS:

Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

Wawasan Open University

Widad University College

SEGi University

Universiti HELP

Universiti Selangor (UNISEL)

Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)

University College of Yayasan Pahang



Merancang laluan akademik sebagai laluan ke profesion keguruan selepas menamatkan SPM/ STPM/ STAM/ Matrikulasi.


Sejak tahun 2024, KPM telah membuka ruang kemasukan yang lebih luas bukan sahaja kepada Lepasan SPM seperti tahun tahun sebelumnya malah turut dibuka untuk kategori Lepasan STPM/ STAM/ Matrikulasi.


Khusus untuk lepasan SPM tahun semasa, KPM turut menawarkan Tajaan untuk Program Pelajar Cemerlang (PPC) ke luar negara.




LALUAN KE PROFESION KEGURUAN


Sebagai panduan kepada para pelajar, antara pilihan laluan pendidikan untuk kerjaya keguruan adalah seperti berikut:


>>>1. Laluan PISMP

(Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan) -khusus untuk lepasan SPM


Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah sahaja.


Permohonan guru PISMP KPM IPG
Pembukaan Permohonan PISMP 2026


Lepasan SPM (Tahun semasa dan 2 tahun kebelakang sahaja)

Pelajar lepasan SPM boleh memohon mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama dua belas (12) bulan atau tiga (3) semester di IPG yang akan ditetapkan oleh KPM.


Pelajar yang lulus program persediaan akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama empat (4) tahun atau dua belas (12) semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.


Lepasan STPM/ STAM/ Matrikulasi

Pelajar lepasan STPM/ STAM/ Matrikulasi boleh memohon untuk mengikuti terus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dalam bidang pengkhususan yang ditawarkan selama empat (4) tahun atau dua belas (12) semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.



CARA MEMOHON PISMP

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my yang telah dibuka pada 12 Mac hingga 2 April 2026.

Calon SPM/ STPM/ STAM/Matrikulasi Tahun 2024 boleh mengemukakan permohonan walaupun belum memiliki keputusan sebenar peperiksaan.


Tawaran program adalah tertakluk kepada calon yang berjaya dalam setiap peringkat berikut:

  1. Memenuhi syarat kelayakan akademik

  2. Lulus Saringan UKCG. UKCG adalah ringkasan kepada Ujian Kelayakan Calon Guru. Calon yang terpilih perlu menduduki ujian psikometrik secara atas talian (e-UKCG) yang digunakan oleh IPGM KPM untuk menyaring calon-calon yang memohon latihan perguruan di IPG.

  3. Ujian Kecergasan Fizikal (UKF)

  4. Temuduga


Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan dan tarikh menduduki e-UKCG. Calon mestilah menjalani saringan dan lulus e-UKCG sebelum dipanggil temu duga dan ujian kecergasan fizikal (UKF).


Berikut adalah jadual proses pengambilan pada tahun 2025 untuk panduan semua calon yang berminat

tarikh penting pismp 2025
Tarikh Penting PISMP 2026

Untuk pengambilan tahun 2026, pelajar dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, ujian kecergasan fizikal (UKF), syarat bidang pengkhususan serta tarikh-tarikh penting proses pengambilan sebelum membuat permohonan.


SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

  1. Warganegara Malaysia.

  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2026 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2006

  3. Sihat tubuh badan.

  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

  5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.

  6. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris.

  7. Memenuhi syarat bidang pengkhususan. Rujuk syarat bidang pengkhususan. (https://pismp.moe.gov.my)

BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN

Sila semak senarai program di pautan berikut:

Untuk maklumat yang dikemaskini bagi tahun 2026, sila layari laman sesawang KPM: https://pismp.moe.gov.my




>>>2. Laluan STPM, Asasi, Matrikulasi, Diploma & kelayakan setaraf


Selain mengikuti program persediaan di IPG iaitu PISMP, calon lepasan SPM yang berhasrat untuk meneroka peluang menjadi guru untuk sekolah rendah dan juga sekolah menengah mempunyai pilihan laluan pilihan lain iaitu menyambung ke pengajian Asasi, Matrikulasi, STPM atau Diploma sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda Pendidikan di IPG, IPTA atau IPTS.


Bagi calon Asasi, Matrikulasi, STPM atau Diploma yang meneruskan pengajian Sarjana Muda BUKAN dalam bidang Pendidikan/ Perguruan, mereka perlu mengambil Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) selepas tamat Sarjana Muda sebelum boleh memohon ke profesion perguruan.


Secara amnya, kelayakan kemasukan lepasan SPM keempat-empat laluan ini adalah seperti berikut:

Permohonan guru KPM IPG DPLI
Laluan SPM ke Sarjana Muda


Perbandingan tempoh keseluruhan pengajian laluan ke profesion perguruan:

Permohonan guru KPM IPG DPLI


SENARAI PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN/PERGURUAN

Sila semak senarai program di pautan berikut: Senarai Program



PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)


Pada tahun 2024, KPM turut membuka Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM bagi graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda TANPA Pendidikan untuk mengikuti program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru (IPG). Program ini adalah sama seperti program DPLI yang ada ditawarkan oleh beberapa universiti awam. Walau bagaimanapun istimewanya program PDPP KPM ini ialah para pelajar yang berjaya menamatkan program PDPP akan diserap terus untuk jawatan guru di bawah KPM. Permohonan PDPP di pautan berikut: mypdpp.moe.gov.my


DPLI 2024



Rumusan

Permohonan guru KPM IPG DPLI

Kerjaya sebagai seorang guru sememangnya mencabar khususnya di era teknologi tanpa

sempadan khususnya untuk mendidik anak-anak meneroka pelbagai cabang ilmu, idea dan penemuan baharu serta sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif dalam penyelesaian masalah.


Pada masa yang sama guru juga perlu berdepan dengan pelajar masakini yang terdedah dengan pelbagai perkara sama ada yang membawa kebaikan ataupun keburukan.


Sehubungan itu, pelajar yang berhasrat untuk meneroka kerjaya bidang perguruan perlu bersedia bukan sahaja untuk menyumbang ilmu pengetahuan malah perlu kental dalam mental dan fizikal untuk menjadikan kerjaya ini sesuatu yang berharga.


Selamat Maju Jaya kepada semua bakal Guru.


Permohonan guru KPM IPG DPLI




 
 
 

70 Comments


Guest
Aug 14

Trong quá trình tham khảo Nhà cái C168, mình nhận thấy giao diện ưu tiên cách sắp xếp nội dung theo từng khu vực thay vì đưa mọi lựa chọn lên cùng một điểm. Các nhóm casino trực tuyến, game bài, slot game, nổ hũ và bắn cá được tổ chức riêng, giúp người dùng dễ chuyển đến nội dung mình quan tâm. Phần tài khoản và những chức năng hỗ trợ cũng có sự phân chia nhất định, tránh làm lẫn với khu vực giải trí. Mình đánh giá cách bố trí này tạo cảm giác trực quan khi thao tác liên tục. Người dùng có thể hình thành thói quen truy cập dựa trên vị trí từng danh…

Edited
Like

Guest
Aug 13

Khi xem xét Nhà cái C168, mình nhận thấy yếu tố đáng chú ý là cách giao diện tạo ra những khu vực riêng cho từng nhu cầu sử dụng. Người dùng có thể nhận biết phần trò chơi, tài khoản hoặc hỗ trợ thông qua cách phân bố nội dung tương đối rõ ràng. Các danh mục như slot game, nổ hũ, casino trực tuyến, game bài và bắn cá được đưa vào những nhóm khác nhau, giúp việc lựa chọn trở nên dễ định hướng hơn. Một số nội dung thiên về hình ảnh và hiệu ứng, trong khi nhóm khác chú trọng thao tác trực tiếp hoặc tính quen thuộc. Cách trình bày này góp phần giữ…

Like

Guest
Aug 13

Khi dành thêm thời gian đánh giá Nhà cái OK9, mình nhận thấy điểm đáng chú ý nằm ở cách bố trí các nhóm chức năng khá mạch lạc. Thể thao, casino trực tuyến, game bài và bắn cá được phân chia thành từng khu vực riêng giúp mình dễ xác định nơi muốn truy cập. Mình thấy phần hiển thị không bị đặt quá dày, vị trí nội dung chính tương đối ổn định và dễ theo dõi. Trong lúc chuyển từ casino sang thể thao, phản hồi trang khá đều, thao tác chuyển sảnh nhẹ và ít bị gián đoạn. Cách tổ chức này phù hợp với những phiên cần thao tác nhanh giữa nhiều chuyên mục mà…

Like

Guest
Aug 13

Qua việc theo dõi cách hitclub duy trì trải nghiệm giữa các phiên truy cập, mình nhận thấy giao diện giữ được sự nhất quán tương đối tốt. Thể thao, casino live, bắn cá và nổ hũ được bố trí theo từng khu vực, giúp người dùng quay lại chuyên mục quen thuộc mà không mất nhiều thời gian tìm kiếm. Mình thấy cách trình bày khá gọn, khoảng cách giữa các mục hợp lý và thao tác chuyển sảnh nhẹ. Khi sử dụng vào nhiều thời điểm khác nhau, hệ thống phản hồi ổn định, dữ liệu tải đều và chuyển trang mượt. Game bài, xổ số, tài xỉu cùng slot bổ sung thêm lựa chọn cho nhu cầu thay…

Like

Guest
Aug 12

Khi dành thời gian trải nghiệm các sảnh giải trí trực tuyến, 789K Com tạo cho mình cảm giác khá thân thiện nhờ cách tổ chức nội dung dễ nhận biết. Những khu vực như game bài, thể thao, bắn cá, nổ hũ, casino và xổ số được bố trí theo từng nhóm giúp việc tìm kiếm nhanh chóng hơn. Mình thấy vị trí các chuyên mục chính khá dễ ghi nhớ, đồng thời cách trình bày không gây cảm giác quá nhiều thông tin xuất hiện cùng lúc. Trong lúc thử game bài và bắn cá, tốc độ phản hồi duy trì ổn định, thao tác chuyển sảnh diễn ra mượt. Nhờ vậy, việc làm quen với giao diện và…

Like
bottom of page