top of page
pngtree-white-question-mark-3d-sign-png-image_11107286.png

Soalan Lazim

Khidmat sokongan permohonan PERCUMA oleh Uni Assist

SALURAN TERUS

Apa itu Saluran Terus?

Saluran Terus adalah alternatif kepada permohonan di UPU Online yang dibuka oleh universiti awam khusus untuk lepasan SPM/STPM setaraf dan diselaraskan di bawah satu pusat sehenti Uni Assist. Permohonan dibuat terus ke universiti selepas semakan kelayakan oleh Uni Assist.

 

Adakah program ini ditawarkan oleh “Private Wing” universiti awam?

Semua universiti awam kini mempunyai unit komersil yang mengendalikan kemasukan pelajar melalui Saluran Terus. Unit komersil ini hanya berperanan mengurus kemasukan sahaja manakala semua program dikendalikan oleh fakulti yang berkaitan dan penganugerahan akademik adalah dibawah universiti berkenaan.

 

Mengapa Universiti Awam membuka kemasukan melalui Saluran Terus?

Saluran Terus yang ditawarkan oleh Universiti Awam ini bertujuan memberi alternatif lain serta peluang khususnya kepada pelajar yang tidak mendapat program pilihan mereka berikutan persaingan sengit (merit) di UPU. Walau bagaimanapun, tempat yang diperuntukkan melalui Saluran Terus ini adalah sangat terhad khususnya bagi program-program popular tertakluk kepada mereka yang membuat permohonan dan memberi komitmen awal.

 

Universiti Awam manakah membuka Saluran Terus?

Universiti Awam yang membuka laluan kemasukan melalui Saluran Terus termasuklah UM, UTM, UKM, USM, UPM, UIAM, UUM, UMPSA, UTeM dan UMS.

Walaubagaimanapun, Uni Assist buat masa ini hanya mengendalikan kemasukan Saluran Terus bagi UTM, UIAM, UMPSA dan UTeM sahaja.

PROGRAM

Program apa yang ditawarkan melalui Saluran Terus?

Saluran Terus membuka kemasukan bagi program di peringkat Asasi, Diploma dan Sarjana Muda.

Adakah program yang ditawarkan melalui Saluran Terus sama dengan program yang ditawarkan melalui UPU Online?

Hampir kesemua program yang ditawarkan melalui Saluran Terus juga ditawarkan melalui UPU Online kecuali program Asasi dan Diploma UTM serta Asasi UMPSA yang hanya ditawarkan melalui Saluran Terus sahaja.

Adakah program yang ditawarkan terbuka kepada semua?

Program melalui Saluran terus terbuka kepada semua pemohon warga Malaysia dan luar negara yang memenuhi syarat kelayakan.

PERMOHONAN

Apa perbezaan permohonan melalui UPUOnline berbanding Saluran Terus?

  • Tiada Persaingan

Pemohon tidak perlu bersaing untuk program dan universiti pilihan mereka seperti yang berlaku di UPU. Ini kerana terdapat sangat ramai pelajar yang memperoleh gred yang tinggi dalam SPM/ STPM setaraf akan memohon program-program di UPU Online khususnya dalam bidang popular seperti Perubatan, Undang-undang, Kejuruteraan dan lain-lain.

 

  • Tiada Penilaian Merit

Terdapat sebahagian pelajar yang memenuhi syarat kelayakan di UPU Online tetapi tidak mendapat tawaran kerana persaingan markah merit. Berbeza dengan permohonan di UPU Online, permohonan melalui Saluran Terus tidak memerlukan pengiraan markah merit pemohon sebagai prasyarat kemasukan. Melalui Saluran Terus, pelajar hanya perlu memenuhi syarat kelayakan minimum program yang telah ditetapkan untuk mendapat tawaran.

 

  • Peluang kepada Lain-lain Kelayakan yang tiada di UPUOnline

Membuka laluan untuk pemohon dengan kelayakan yang tidak dibuka oleh UPU Online seperti IGCSE/ GCSE dan GCE O-Level untuk memohon ke universiti awam.

 

 

Adakah kalendar kemasukan pelajar melalui Saluran Terus sama seperti Saluran Perdana?

Kalendar kemasukan melalui Saluran Terus adalah sama seperti Saluran Perdana.

 

Apakah syarat kemasukan melalui Saluran Terus sama dengan Saluran Perdana?

Syarat kemasukan melalui Saluran Terus adalah sama seperti Saluran Perdana.

Kelayakan apa diterima untuk memohon melalui Saluran Terus?

Terbuka kepada pemohon dengan kelayakan berikut:

 

 

 

 

Adakah permohonan saya melalui Saluran Terus menjejaskan peluang saya dalam permohonan di UPU Online?

Pelajar boleh membuat permohonan serentak di kedua-dua saluran permohonan iaitu UPU Online dan Saluran Terus. Ini kerana permohonan melalui "Saluran Terus" adalah melalui sistem universiti yang berasingan dan tidak memberi kesan kepada permohonan pelajar di UPU Online. Sekiranya pelajar tidak mendapat tawaran program pilihan di UPU Online, pelajar masih mempunyai peluang untuk program tersebut di Saluran Terus dengan syarat memenuhi kelayakan yang ditetapkan.

Adakah saya akan mendapat tawaran daripada kedua-dua saluran iaitu UPU Online dan Saluran Terus jika layak?

Pelajar yang memohon melalui Saluran Terus dan memenuhi syarat kemasukan program akan diberikan tawaran secara bersyarat. Jika pelajar mendapat tawaran mana-mana program melalui UPU Online dan menerima tawaran tersebut, maka pihak Universiti tidak akan membuat tawaran melalui Saluran Terus kepada pelajar walaupun layak. Walau bagaimanapun, bagi program Asasi dan Diploma UTM serta Asasi UMPSA, pelajar akan mendapat tawaran daripada universiti berkaitan walaupun telah mendapat tawaran di UPU Online.

 

Apakah peluang saya untuk mendapat tawaran program pilihan yang saya minati melalui Saluran Terus jika saya tidak ditawarkan melalui UPU Online?

Calon yang memenuhi syarat kelayakan program yang dipohon berpeluang mendapat tawaran melalui Saluran Terus walaupun tidak mendapat tawaran di UPU Online.

 

Bagaimana proses untuk memohon melalui Saluran Terus?

Permohonan secara berpusat boleh dibuat di laman web rasmi Uni Assist: www.uniassist.my:

  1. Semak info universiti dan program yang ditawarkan

  2. Semak syarat kelayakan

  3. Lengkapkan Borang Semakan Kelayakan dan lampirkan salinan kelayakan

  4. Uni Assist akan membuat semakan kelayakan sebelum permohonan ke sistem permohonan universiti. Ini bagi memastikan hanya pelajar yang layak sahaja melengkapkan permohonan kerana terdapat universiti yang mengenakan caj yuran proses (UTM: RM50 dan UIAM: RM100) yang tidak dikembalikan.

 

Bila tarikh tutup permohonan melalui Saluran Terus?

Bagi program Asasi dan Diploma:

UTM.     : 14 Jun 2024

UIAM.    : 18 Jun 2024

UMPSA  :15 Jun 2024

 

Bolehkah saya membuat pengesahan penerimaan tawaran Saluran Terus selepas keputusan permohonan UPU Online diumumkan?

Ya, calon boleh membuat pengesahan penerimaan selepas hebahan keputusan UPU Online.

SARJANA MUDA
ASASI/ DIPLOMA

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

Matrikulasi/Asasi KPM

Diploma

A Level

International Baccalaureate

Australian Matriculation (AUSMAT)

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

IGCSE

GCSE

GCE-O Level

Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 3)

Sijil Kolej Komuniti (SKK Tahap 3)

Sijil (Tahap 3)

YURAN

Yuran program melalui Saluran Terus sama dengan program Saluran Perdana?

Yuran bagi program yang ditawarkan melalui Saluran Terus adalah pada kadar penuh (tanpa subsidi). Ini kerana calon ditawarkan peluang kemasukan untuk program pilihan berdasarkan kelayakan akademik sahaja tanpa persaingan merit.

Berapa perbezaan yuran melalui Saluran Terus berbanding program Saluran Perdana?

Bagi program Saluran Perdana, kerajaan menampung subsidi pada kadar 70-90% daripada yuran penuh.

Bagaimana kaedah pembayaran yuran pengajian?

Semua pembayaran yuran perlu dibuat terus kepada pihak universiti berkenaan mengikut kaedah yang ditetapkan dalam surat tawaran.

Mengapa yuran Saluran Terus lebih tinggi berbanding Saluran Perdana?

Yuran penuh yang dikenakan melalui program Saluran Terus ini adalah bertujuan mengumpul dana tambahan kepada universiti khususnya bagi aktiviti pelajar serta menambah baik fasiliti pembelajaran di kampus.

Adakah peluang pembiayaan disediakan untuk Saluran Terus?

Pelajar boleh mendapatkan peluang pembiayaan daripada PTPTN (kecuali program peringkat Asasi). Ibu bapa yang mempunyai Simpanan KWSP juga boleh membuat pengeluaran pendidikan (akaun 2) untuk anak melanjutkan pengajian. Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan peringkat pusat/ negeri yang menyediakan dana dan bantuan pembiayaan selain biasiswa oleh Yayasan dan institusi kewangan. Sila semak info pembiayaan di pautan berikut: https://www.uniassist.my/scholarship-biasiswa2024

PEMBELAJARAN & KEMUDAHAN

Adakah kelas untuk Saluran Terus berasingan daripada Saluran Perdana?

Saluran Terus hanyalah saluran untuk permohonan kemasukan. Selepas mendaftar, pelajar akan mengikuti pengajian dan pembelajaran serta aktiviti lain sama seperti pelajar daripada Saluran Perdana.

 

Adakah asrama disediakan untuk pelajar Saluran Terus?

Pelajar Saluran Terus juga disediakan kemudahan asrama sekurang-kurangnya untuk tempoh tahun pertama pengajian.

 

Apakah saya diberi akses untuk kemudahan-kemudahan lain dalam kampus seperti pelajar Saluran Perdana?

Ya. Pelajar Saluran Terus turut menikmati semua kemudahan lain sama seperti pelajar Saluran Perdana.

LANJUTAN PENGAJIAN

Apakah saya dijamin mendapat tempat untuk menyambung pengajian ke Sarjana Muda selepas tamat Asasi/ Diploma?

Program Asasi merupakan “ feeder” bagi program Sarjana Muda bagi universiti yang menawarkan program tersebut. Pelajar yang lulus pengajian Asasi secara automatik akan diserap ke program Sarjana Muda universiti berkenaan. Walau bagaimanapun pilihan program Sarjana Muda tertakluk kepada pencapaian akademik pelajar di peringkat Asasi.

 

Lepasan Diploma juga berpeluang meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana Muda di universiti yang sama dengan kelebihan untuk pindahan kredit tertakluk kepada program yang dipohon.

Bagaimana saya memohon untuk ke program Sarjana Muda selepas tamat pengajian Asasi/ Diploma?

Bagi permohonan ke universiti yang sama, permohonan boleh dibuat terus ke universiti berkenaan tanpa melalui UPU Online.

Adakah peluang untuk saya memohon ke Sarjana Muda Saluran Perdana selepas tamat pengajian Asasi/ Diploma Saluran Terus?

Lepasan Asasi/ Diploma berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda (Saluran Perdana dengan yuran bersubsidi) dengan syarat memenuhi pencapaian CGPA yang ditetapkan bagi program yang dipohon. Permohonan boleh dibuat terus ke universiti berkenaan untuk pengajian di universiti yang sama atau melalui UPU Online (kecuali Asasi UIAM) bagi permohonan ke universiti awam yang lain.

Bolehkah saya memohon menyambung pengajian ke IPT lain selepas tamat pengajian Asasi/ Diploma?

Selain menyambung pengajian di universiti yang sama:

  • Pelajar (kecuali Asasi UIAM) juga boleh memohon ke universiti awam yang lain melalui permohonan di UPU Online

  • Pelajar boleh memohon melanjutkan pengajian ke IPT Swasta atau luar negara.

MOHON SEKARANG!

Khidmat sokongan permohonan PERCUMA
oleh Uni Assist

web icon_edited.png
Filling Out a Form

SEMAKAN KELAYAKAN

Sebelum meneruskan permohonan program, kami akan membuat semakan kelayakan anda untuk memastikan anda memenuhi syarat kemasukan minimum yang ditetapkan untuk program yang dipilih. Bagi pemohon yang tidak memenuhi syarat kemasukan program pilihan, kami akan mengesyorkan program lain bersesuaian dengan kelayakan anda. Pemohon hendaklah melengkapkan Borang Pra-Penilaian dengan maklumat yang betul dan memuat naik keputusan peperiksaan yang berkaitan.

image.png
bottom of page