top of page

Apakah langkah pembetulan sekiranya Peperiksaan SPM tidak mencapai syarat kelayakan yang diperlukan?



Peperiksaan Ulangan SPM

SPM Ulangan (SPMU) merupakan peperiksaan yang boleh diduduki semula oleh para pelajar yang tidak berjaya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau bagi pelajar yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan SPM yang telah diduduki mereka bagi subjek-subjek kritikal. SPMU memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh syarat kelayakan SPM yang diperlukan bagi tujuan permohonan program-program pengajian peringkat Asasi, Matrikulasi atau Diploma di IPT.




Pada kebiasaannya, pendaftaran untuk SPMU akan dibuka daripada April hingga Jun dan peperiksaan SPMU dijalankan pada bulan September setiap tahun dengan tiga mata pelajaran yang ditawarkan seperti berikut:


1. Bahasa Melayu

2. Sejarah

3. Matematik


"Patching Sijil SPM"

Lembaga Peperiksaan (LP) juga menawarkan perkhidmatan “patching” atau penyatuan sijil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi menggabungkan keputusan terbaik beberapa peperiksaan dalam satu sijil. Bayaran Perkhidmatan yang dikenakan adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap permohonan. Permohonan SPMU boleh dibuat di laman web berikut: https://sppat2.moe.gov.my/cp/index.asp



48 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


bottom of page