DIRECT INTAKE IPTA 2026: SALURAN TERUS KE UNIVERSITI AWAM

Selain permohonan melalui UPU, sebahagian universiti Awam juga kini membuka laluan kemasukan secara terus ke universiti berkenaan melalui saluran khas yang dikenali sebagai Saluran Terus/ Saluran Alternatif/ Ambilan Terus (Direct Intake IPTA).
Saluran Terus yang ditawarkan oleh Universiti Awam ini bertujuan memberi alternatif lain khususnya kepada pelajar yang tidak mendapat program pilihan mereka berikutan persaingan sengit di UPU. Walau bagaimanapun, tempat yang diperuntukkan melalui Saluran Terus ini adalah sangat terhad khususnya bagi program-program popular tertakluk kepada mereka yang membuat permohonan dan memberi komitmen awal.
Kelebihan Kemasukan melalui Saluran Terus (Direct Intake IPTA)
Peluang kemasukan melalui Saluran Terus ini adalah pelaburan yang berbaloi kerana pelajar akan mendapat peluang untuk mengikuti program yang mereka inginkan dengan prospek kerjaya yang lebih cerah.
Persediaan Alternatif atau “Backup Plan" Pelajar boleh membuat permohonan serentak di kedua-dua saluran permohonan iaitu UPU Online dan Saluran Terus. Ini kerana permohonan melalui "Saluran Terus" adalah melalui sistem universiti yang berasingan dan tidak memberi kesan kepada permohonan pelajar di UPU Online. Sekiranya pelajar tidak mendapat tawaran program pilihan di UPU Online, pelajar masih mempunyai harapan untuk program tersebut di Saluran Terus.
Kurang Persaingan Pemohon tidak perlu bersaing untuk program dan universiti pilihan mereka seperti yang berlaku di UPU. Ini kerana terdapat sangat ramai pelajar yang memperoleh gred yang tinggi dalam SPM akan memohon program-program di UPU Online khususnya dalam bidang popular seperti Perubatan, Undang-undang, Kejuruteraan dan lain-lain.
Tiada Kiraan Merit Berbeza dengan permohonan di UPU Online, permohonan melalui Saluran Terus tidak memerlukan pengiraan mata merit pemohon sebagai prasyarat kemasukan. Pelajar hanya perlu memenuhi syarat kelayakan minimum program yang telah ditetapkan.
Peluang kepada Lain-lain Kelayakan yang tiada di UPUOnline Membuka laluan untuk pemohon dengan kelayakan IGCSE/ GCSE dan GCE O-Level untuk memohon ke universiti awam.
Tawaran Terus daripada Universiti Pemohon akan menerima tawaran terus daripada universiti sekiranya memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan dan akan mengikuti program serta kemudahan yang sama seperti pelajar lain yang menerima tawaran melalui UPU Online.
Peluang Menyambung Pengajian Pelajar berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda universiti yang berkenaan sama seperti pelajar Saluran Perdana (yuran bersubsidi) tanpa perlu membuat permohonan dan persaingan merit di UPU Online.
Perkara Pertimbangan
Untuk kelebihan-kelebihan istimewa yang diberikan melalui Saluran Terus, pihak universiti mengenakan yuran penuh (tanpa subsidi) kepada pelajar yang menerima tawaran. Sebagai makluman, kadar subsidi yang diterima oleh pelajar yang ditanggung oleh kerajaan adalah sekitar 80-90 % daripada yuran penuh.
Walau bagaimanapun, berdasarkan perbandingan dengan universiti swasta (IPTS), kadar yuran yang dikenakan oleh universiti awam melalui Saluran Terus ini adalah lebih murah selain menyediakan laluan khas untuk pelajar menyambung pengajian ke Sarjana Muda.
Sebahagian universiti juga hanya mengenakan yuran penuh di peringkat Asasi atau Diploma sahaja manakala pelajar akan mendapat peluang untuk kadar yuran yang sama (bersubsidi) seperti mana pelajar Saluran Perdana apabila menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda.
Permohonan Berpusat
Saluran Terus Universiti Awam
Melalui kerjasama strategik dengan beberapa Universiti Awam, Uni Assist kini menjadi pusat sehenti pilihan yang membuka Akses Terus kepada pelbagai program akademik sepenuh masa untuk lepasan sekolah menengah dengan kelayakan SPM/ STPM atau kelayakan yang setaraf dengannya.
Antara universiti yang menawarkan program Saluran Terus:
IPT | Program Pengajian | Info & Permohonan |
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) | DIPLOMA
SARJANA MUDA
| |
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) | ASASI
| |
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) | ASASI
DIPLOMA
| |
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) | DIPLOMA
SARJANA MUDA KEJURUTERAAN:
PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN TECHNOPRENEUR:
TEKNOLOGI MAKLUMAT:
|

Permohonan melalui Saluran Terus (Direct Intake) ke Universiti Awam atau mana-mana IPT tidak menjejaskan peluang untuk mendapat tawaran melalui UPU Online.




Bài này giải thích Direct Intake khá rõ, mình đọc xong thì mới hình dung phần thủ tục sẽ đi thẳng tới các trường đại học công. Điều khiến mình chú ý là cách tác giả nhấn mạnh tính chính thức của kênh, vì trước nay mình vẫn hay thấy thông tin tuyển sinh bị trôi nổi ở nhiều nơi. Mình từng nghe mấy người quen nhắc tới shbet khi bàn chuyện giải trí trên điện thoại, nghe qua vậy chứ chưa thực sự quen thuộc, và thấy việc phân biệt nguồn tin quan trọng ở cả chuyện học lẫn chuyện chơi. Phần cuối bài hơi dồn ý, nhưng mình ít nhất đã hiểu được hướng chính.
Utrzymanie motywacja do nauki może być trudne, szczególnie gdy materiał jest obszerny lub efekty nie pojawiają się od razu. Pomocne jest dzielenie dużych celów na mniejsze zadania, regularne monitorowanie postępów oraz stosowanie różnych metod pracy. Materiały dotyczące planowania nauki, koncentracji i budowania nawyków mogą być bardzo przydatne dla uczniów i studentów.
Dobry portal edukacyjny powinien przede wszystkim pomagać użytkownikowi szybko znaleźć wartościowe materiały i zrozumieć, od czego rozpocząć naukę. Czytelne kategorie, artykuły wprowadzające, ćwiczenia oraz linki do bardziej zaawansowanych materiałów znacznie ułatwiają korzystanie z serwisu. Warto również tworzyć powiązania pomiędzy tematami, dzięki czemu czytelnik może stopniowo rozwijać wiedzę zamiast przeglądać przypadkowe, niezależne od siebie artykuły.
Mình thường theo dõi XSLA để cập nhật kết quả xổ số Long An sau mỗi kỳ quay và tiện đối chiếu lại khi cần. Theo mình, một trang tra cứu tốt nên lưu đầy đủ kết quả theo từng ngày, trình bày rõ từng giải và có thêm dữ liệu của những kỳ quay trước để người xem dễ tìm lại thông tin. Nếu có thêm phần thống kê kết quả theo tuần, tháng và tổng hợp lịch sử các kỳ quay thì càng tiện, nhất là với những người thường xuyên theo dõi xổ số Long An nhưng không muốn phải mở nhiều trang khác nhau để kiểm tra.
The possibilities offered by druk 3D have expanded enormously as printers and design software have become more accessible. What used to be mainly an industrial technology can now be used by students, designers and hobbyists to quickly transform digital models into physical prototypes. It is also an excellent way to learn design through experimentation.