top of page
Search

DIRECT INTAKE IPTA 2026: SALURAN TERUS KE UNIVERSITI AWAM



Direct Intake IPTA 2026

Selain permohonan melalui UPU, sebahagian universiti Awam juga kini membuka laluan kemasukan secara terus ke universiti berkenaan melalui saluran khas yang dikenali sebagai Saluran Terus/ Saluran Alternatif/ Ambilan Terus (Direct Intake IPTA). 


Saluran Terus yang ditawarkan oleh Universiti Awam ini bertujuan memberi alternatif lain khususnya kepada pelajar yang tidak mendapat program pilihan mereka berikutan persaingan sengit di UPU. Walau bagaimanapun, tempat yang diperuntukkan melalui Saluran Terus ini adalah sangat terhad khususnya bagi program-program popular tertakluk kepada mereka yang membuat permohonan dan memberi komitmen awal.



Kelebihan Kemasukan melalui Saluran Terus (Direct Intake IPTA)


Peluang kemasukan melalui Saluran Terus ini adalah pelaburan yang berbaloi kerana pelajar akan mendapat peluang untuk mengikuti program yang mereka inginkan dengan prospek kerjaya yang lebih cerah.


  • Persediaan Alternatif atau “Backup Plan" Pelajar boleh membuat permohonan serentak di kedua-dua saluran permohonan iaitu UPU Online dan Saluran Terus. Ini kerana permohonan melalui "Saluran Terus" adalah melalui sistem universiti yang berasingan dan tidak memberi kesan kepada permohonan pelajar di UPU Online. Sekiranya pelajar tidak mendapat tawaran program pilihan di UPU Online, pelajar masih mempunyai harapan untuk program tersebut di Saluran Terus.

  • Kurang Persaingan Pemohon tidak perlu bersaing untuk program dan universiti pilihan mereka seperti yang berlaku di UPU. Ini kerana terdapat sangat ramai pelajar yang memperoleh gred yang tinggi dalam SPM akan memohon program-program di UPU Online khususnya dalam bidang popular seperti Perubatan, Undang-undang, Kejuruteraan dan lain-lain.

  • Tiada Kiraan Merit Berbeza dengan permohonan di UPU Online, permohonan melalui Saluran Terus tidak memerlukan pengiraan mata merit pemohon sebagai prasyarat kemasukan. Pelajar hanya perlu memenuhi syarat kelayakan minimum program yang telah ditetapkan.

  • Peluang kepada Lain-lain Kelayakan yang tiada di UPUOnline Membuka laluan untuk pemohon dengan kelayakan IGCSE/ GCSE dan GCE O-Level untuk memohon ke universiti awam.

  • Tawaran Terus daripada Universiti Pemohon akan menerima tawaran terus daripada universiti sekiranya memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan dan akan mengikuti program serta kemudahan yang sama seperti pelajar lain yang menerima tawaran melalui UPU Online.

  • Peluang Menyambung Pengajian Pelajar berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda universiti yang berkenaan sama seperti pelajar Saluran Perdana (yuran bersubsidi) tanpa perlu membuat permohonan dan persaingan merit di UPU Online.




Perkara Pertimbangan

Untuk kelebihan-kelebihan istimewa yang diberikan melalui Saluran Terus, pihak universiti mengenakan yuran penuh (tanpa subsidi) kepada pelajar yang menerima tawaran. Sebagai makluman, kadar subsidi yang diterima oleh pelajar yang ditanggung oleh kerajaan adalah sekitar 80-90 % daripada yuran penuh.  


Walau bagaimanapun, berdasarkan perbandingan dengan universiti swasta (IPTS), kadar yuran yang dikenakan oleh universiti awam melalui Saluran Terus ini adalah lebih murah selain menyediakan laluan khas untuk pelajar menyambung pengajian ke Sarjana Muda. 

Sebahagian universiti juga hanya mengenakan yuran penuh di peringkat Asasi atau Diploma sahaja manakala pelajar akan mendapat peluang untuk kadar yuran yang sama (bersubsidi) seperti mana pelajar Saluran Perdana apabila menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda.




Permohonan Berpusat 

Saluran Terus Universiti Awam

Melalui kerjasama strategik dengan beberapa Universiti Awam, Uni Assist kini menjadi pusat sehenti pilihan yang membuka Akses Terus kepada pelbagai program akademik sepenuh masa untuk lepasan sekolah menengah dengan kelayakan SPM/ STPM atau kelayakan yang setaraf dengannya.


Antara universiti yang menawarkan program Saluran Terus:

IPT

Program Pengajian

Info & Permohonan

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

DIPLOMA

  • Diploma Kejuruteraan Awam

  • Diploma Kejuruteraan Kimia

  • Diploma Kejuruteraan Elektronik

  • Diploma Kejuruteraan Elektrik

  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal

  • Diploma Pendidikan Pengajian Islam

  • Diploma Pengurusan Harta

  • Diploma Pengurusan Teknologi

  • Diploma Perakaunan

  • Diploma Ukur Bahan

  • Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah

  • Diploma Seni Bina

  • Diploma Ukur Tanah

  • Diploma Sains Komputer

SARJANA MUDA

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik-Mekatronik)

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Bioproses) dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Gas) dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Sains Pengurusan Harta Tanah dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Sains Pentadbiran dan Pembangunan Tanah dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Sains Seni Bina dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Ukur Bahan dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Seni Bina Landskap dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Sains Pembinaan dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Sains (Reka Bentuk Industri) dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Elektronik dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Ketepatan Mekanikal dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Proses Kimia dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Bioperubatan dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Sains (Biologi) dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Sains (Bioteknologi) dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Sains (Fizik Industri) dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Sains (Kimia Industri) dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Sains (Matematik Industri) dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Data)

  • Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian Komputer dan Keselamatan) dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Sains (Matematik Industri) dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi) dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa) dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Pengajian Am (dengan Kepujian)

Diploma: Ambilan Julai 2026 Sarjana Muda: Ambilan September 2026


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

ASASI

  • Asasi Perubatan

  • Asasi Kejururawatan

  • Asasi Sains Kesihatan Bersekutu

  • Asasi Sains Kemanusiaan

  • Asasi Sains Biologi

  • Asasi Sains Fizikal

  • Asasi Undang-undang

  • Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer

  • Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar

  • Asasi Ekonomi & Sains Pengurusan

  • Asasi Ilmu & Warisan Pendedahan Islam

  • Asasi Bahasa Inggeris

  • Asasi Bahasa Arab

  • Asasi Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Antarabangsa

  • Asasi Bahasa Arab untuk Komunikasi Antarabangsa

  • Asasi Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa SARJANA MUDA Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) (LLBH)

  • Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian)

  • Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)

  • Sarjana Muda Kewangan (Kewangan Islam) (Kepujian)

  • Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian)

  • Sarjana Muda Sains Kemanusiaan dalam Komunikasi (Kepujian)

  • Sarjana Muda Sains Kemanusiaan dalam Sains Politik (Kepujian)

  • Sarjana Muda Sains Manusia dalam Sejarah dan Tamadun (Kepujian)

  • Sarjana Muda Sains Kemanusiaan dalam Sosiologi dan Antropologi (Kepujian)

  • Sarjana Muda Sains Kemanusiaan dalam Psikologi (Kepujian)

  • Sarjana Muda Sains Kemanusiaan dalam Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris (Kepujian)

  • Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam dalam Pengajian Quran dan Sunnah (Kepujian)

  • Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam dalam Fiqh dan Usul Fiqh (Kepujian)

  • Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam dalam Usul Al-Din dan Perbandingan Agama (Kepujian)

  • Sarjana Muda dalam Pengurusan Industri Halal (Kepujian)

  • Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam dalam Bahasa dan Kesusasteraan Arab (Kepujian)

  • Sarjana Muda dalam Sains Komputer (Kepujian)

  • Sarjana Muda dalam Teknologi Maklumat (Kepujian)

Asasi: Ambilan Julai 2026 Sarjana Muda: Ambilan Oktober 2026


Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

ASASI

  • Asasi Sains dan Teknologi

DIPLOMA

  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal

  • Diploma Kejuruteraan Kimia

  • Diploma Kejuruteraan Awam

  • Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

  • Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

  • Diploma Sains Komputer

Asasi & Diploma: Ambilan Julai 2026


Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

DIPLOMA

  • Diploma Kejuruteraan Elektrik

  • Diploma Kejuruteraan Elektronik

  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal

  • Diploma Kejuruteraan Pembuatan

  • Diploma Sains Komputer

SARJANA MUDA KEJURUTERAAN:

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Teknologi dalam Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian

PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN TECHNOPRENEUR:

  • Sarjana Muda Teknousahawan dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pemasaran Teknologi Tinggi) dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Pengurusan (Inovasi Teknologi) dengan Kepujian

  • Sarjana Muda Pengurusan (Pengurusan Rantaian Bekalan dan Logistik) dengan Kepujian

TEKNOLOGI MAKLUMAT:

  • Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian Komputer)

  • Sarjana Muda Sains Komputer (Kecerdasan Buatan)

  • Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian)

  • Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Komputer)

Diploma: Ambilan Julai 2026


Sarjana Muda: Ambilan Oktober 2026




UPU Online

Permohonan melalui Saluran Terus (Direct Intake) ke Universiti Awam atau mana-mana IPT tidak menjejaskan peluang untuk mendapat tawaran melalui UPU Online.


 
 
 

141 Comments


practical technical skills
10 hours ago

I keep coming back to the everyday side of understanding materials and practical workshop tasks, where a simple detail can lead to a wider question. Knowing what a component needs to do can make choosing a material easier to discuss. I would connect Sonlongthinh with practical technical skills through an ordinary example rather than a broad claim. That is the part I would keep thinking about after moving on to something else. Which questions should come before comparing different technical options?

Like

90 phut
11 hours ago

Bài viết về tuyển sinh trực tiếp vào các trường đại học công lập năm 2026 có vẻ hướng đến một chủ đề nhiều gia đình quan tâm. Chỉ riêng cụm “saluran terus” đã khiến tôi nghĩ đến việc có nhiều con đường khác nhau để vào đại học, dù tiêu đề chưa cho biết điều kiện cụ thể. Những lúc nghỉ giữa việc đọc tin học tập, tôi cũng từng nghe người khác nhắc đến 90 phut như một tên trong lĩnh vực Game bài đổi thưởng; đó chỉ là một liên tưởng thoáng qua về các chủ đề người ta bàn lúc rảnh. Tôi muốn hiểu rõ hơn bài viết trình bày quy trình ra sao.

Like

A110299 learning ideas
4 days ago

The idea of following curiosity through everyday information gives me a reason to slow down and consider the details. A clear question can turn a casual interest into something easier to explore. The name A110299 gives this theme a memorable reference point, while A110299 learning ideas keeps the subject in focus. I would be interested in an example that shows how the idea works in an ordinary situation. How do you decide which detail deserves a closer look before moving on?

Like

keonhacai
7 days ago

Tiêu đề về tuyển sinh trực tiếp IPTA năm 2026 khiến tôi nghĩ ngay đến tâm trạng phải chọn đường đi khi có nhiều kênh vào đại học công lập. Những quyết định kiểu này cần thông tin rõ, vì chỉ một cách hiểu sai về thời hạn hay điều kiện cũng có thể làm người đọc rối. Tôi từng nghe một người quen so sánh việc cân nhắc lựa chọn với cách họ tự đặt giới hạn khi xem nội dung game bài đổi thưởng; trong câu chuyện ấy, keonhacai được nhắc rất ngắn và tôi cũng chưa rõ gì thêm. Bài viết khiến tôi quan tâm nhất ở chỗ liệu kênh tuyển thẳng được giải thích đủ khác với…

Like

789bet
7 days ago

Tiêu đề về tuyển sinh trực tiếp vào các trường đại học công lập năm 2026 khá nhiều thông tin, nên mình phải đọc chậm để không bỏ sót ý về kênh tiếp nhận và quy trình. Bài có cách trình bày thiên về thông báo, phù hợp với người đang cần nắm các mốc chính, dù mình chưa kiểm chứng thêm ngoài nội dung đã đọc. Có lúc mình nghe nhắc 789bet trong một câu chuyện về sinh viên tìm trò giải trí sau giờ học, nhưng chi tiết ấy không liên quan đến tuyển sinh. Mình thấy việc đọc kỹ điều kiện vẫn quan trọng hơn cảm giác vội vàng.

Like
bottom of page