top of page

An MBA is a graduate degree focused on building leadership skills and learning business principles. But for the majority of students, MBAs offer much more than that: a stronger professional network, access to job opportunities, and a bigger paycheck.

Harvard Business Review 

December 07, 2020

A new analysis done exclusively by PayScale, shows that the MBA degree–despite all the second-guessing over its value–is one of the surest paths to a lucrative career.

FORBES

May 10, 2021

One key source of value from an MBA program is an expansion and deepening of your professional network.

FORTUNE, August 18, 2022

Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)

Ambilan April 2024

Program MBA UKM

gsb-014_edited.jpg

Program MBA ini dibangunkan oleh UKM secara bersama dengan rakan strategik industri bagi memastikan kurikulum yang ditawarkan selaras dengan keperluan industri semasa dan masa depan selain memberikan fleksibiliti bagi memberi peluang lebih ramai khususnya warga bekerja menyesuaikan komitmen mereka untuk mengikuti program ini.

Mengapa graduan MBA UKM menjadi pilihan majikan?

✅ Pengetahuan mendalam dalam bidang pengkhususan.

✅ Rangkaian industri dan perspektif antarabangsa yang meluas

✅ Keupayaan kepimpinan dan kemahiran insaniah

✅ Menyumbang idea-idea inovatif dan berkemahiran dalam membuat analisis

✅ Bercirikan keusahawanan yang memacu inovasi dalam organisasi

✅ Kebolehsuaian untuk pelbagai peranan dalam organisasi

✅ Kemahiran menyelesaikan masalah dalam menangani cabaran yang kompleks.

Kekuatan program MBA UKM:

  • Akreditasi Penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan membawa kepada penganugerahan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) yang diiktiraf oleh majikan dan industri.

  • Kandungan, kaedah penyampaian, penilaian dan tempoh pengajian disesuaikan dengan keperluan industri dan komitmen pelajar meliputi:

    • Kaedah pembelajaran berasaskan Pembelajaran Aktif (Action Learning) dan memberi fokus kepada Pembangunan Kepimpinan.

    • Pendekatan secara “Modular Lockstep” di mana pelajar boleh mendaftar dan mengikuti satu-satu modul sahaja pada satu masa.

    • Sesi kuliah dikendalikan secara “Blended Learning” dengan 60% kelas secara fizikal dan 40% secara dalam talian.

    • Program dijalankan secara kerja kursus sepenuhnya dengan kaedah penilaian berterusan tanpa peperiksaan akhir dan tesis.

    • Menyediakan 6 pilihan pengkhususan meliputi:

      • Pemasaran

      • Sumber Manusia

      • Kewangan

      • Kewangan Islam

      • Pengurusan Awam

      • Pengurusan

 

  • Keseluruhan program menekankan aspek praktikal bagi memastikan graduan MBA dapat mengaplikasikan pengetahuan dalam penyelesaian masalah dan teknik serta amalan pengurusan terbaik dalam organisasi masing-masing.

 

  • Kursus-kursus yang berkait rapat dengan keperluan dunia pekerjaan sebenar dapat memastikan graduan mencapai kecekapan tinggi dan dapat merealisasikan potensi mereka dalam mengembangkan prospek kerjaya jangka panjang.

Struktur Program

Jumlah Kredit: 45 Unit

KOMPETENSI PENGURUSAN (Kursus Teras)- 20 Unit

  • Pengurusan Organisasi

  • Pengurusan Sumber Manusia

  • Ekonomi Perniagaan

  • Perakaunan Pengurusan

  • Kewangan Pengurusan

  • Pengurusan Operasi & Analisis Keputusan

  • Pemasaran Strategik

  • Etika & Tadbir Urus Perniagaan

  • Strategi Korporat

  • Pembangunan Kepimpinan

ELEKTIF INDUSTRI (Pilihan)- 9 Unit

 

  • Hubungan Pekerjaan

  • Pengurusan Prestasi

  • Mikro-Ekonomi Daya Saing

  • Mikro-Ekonomi Daya Saing Lanjutan

  • Kluster Penganalisisan Daya Saing Mikro-Ekonomi

 

  • Pengurusan Kekayaan Islam

  • Produk Takaful

  • Operasi Takaful

  • Meneroka Pasaran Modal Islam

  • Pengenalan Sukuk

 

  • Strategi Pemasaran Global

  • Pemasaran Digital dan Sosial

  • Pemasaran Hijau

  • Hospitaliti dan Pemasaran Pelancongan

 

  • Menganalisis Dasar Awam

  • Pembaharuan Pengurusan Awam

  • Dasar dan Pembangunan Ekonomi

  • Rundingan dan Pengurusan Konflik

  • Dasar Luar dan Keselamatan Negara

  • Dasar Kerajaan Tempatan

  • Dasar dan Pengurusan Sains, Teknologi dan Inovasi

PENYELIDIKAN & PENGURUSAN PROJEK- 8 Unit

  • Kaedah Kajian

  • Pengurusan projek

  • Projek MBA

PENGKHUSUSAN INDUSTRI (Pilihan)- 8 Unit

- PEMASARAN

  • Tingkah Laku Pengguna

  • Pengurusan produk

  • Pemasaran Perkhidmatan

  • Analisis dan Strategi Jualan

 

- SUMBER MANUSIA

  • Mengurus Tenaga Kerja Baharu

  • Inovasi Sumber Manusia

  • Analisis Sumber Manusia

  • Pengurusan Sumber Manusia Mampan
     

- KEWANGAN

  • Analisis Penyata Kewangan untuk Pembuatan Keputusan

  • Kewangan Korporat Gunaan

  • Pengurusan pelaburan

  • Pasaran Kewangan dan Institusi
     

- KEWANGAN ISLAM

  • Ekonomi dan Masyarakat Islam

  • Fiqh Muamalah dalam Perbankan & Kewangan Islam

  • Produk dan Operasi Perbankan Islam

  • Sistem dan Pasaran Kewangan Islam
     

- PENGURUSAN AWAM

  • Pembangunan Dasar Awam

  • Dasar Awam dan Pelaksanaan Program

  • Kewangan dan Akauntabiliti Sektor Awam

  • Pengurusan dan Penilaian Prestasi Sektor Awam
     

- PENGURUSAN

  • Sistem Pengurusan informasi

  • Teori dan Amalan Organisasi

  • Tingkah Laku Korporat

  • Pembangunan Organisasi dan Pengurusan Perubahan

Tempoh & Jadual Pengajian

mba ukm pic1.png
tempoh dan Jadual UKM MBA.png
Yuran Pengajian
Syarat Kemasukan

Sila rujuk Jadual seperti di bawah:

Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana disiplin dengan PNGK seperti berikut:

  • PNGK 3.00 dan ke atas (tanpa pengalaman bekerja)

  • PNGK 2.50 – 2.99 (dengan minimum dua (2) tahun pengalaman bekerja)

  • PNGK 2.00 – 2.49 (dengan minimum lima (5) tahun pengalaman bekerja)

 

ATAU

APEL (T-7)

Pemohon yang tidak memiliki kelayakan di atas boleh memohon menggunakan Sijil APEL T-7. Pemohon yang belum mempunyai Sijil APEL T-7 boleh membuat ujian kelayakan APEL di UKM.

KEPERLUAN BAHASA INGGERIS:
Pemohon antarabangsa yang bahasa ibundanya bukan bahasa Inggeris perlu menunjukkan penguasaan bahasa Inggeris yang baik, sama ada:

  • IELTS Band 6.0, atau

  • Skor TOEFL minimum 550 (berasaskan kertas); 213 (berasaskan komputer); 79 (berasaskan internet).


Temuduga: Pemohon yang tidak memenuhi syarat di atas boleh dipanggil untuk temu duga untuk menilai tahap kecekapan dan merit.

Permohonan

Mohon sekarang untuk Ambilan April 2024 !

Sertai ribuan graduan MBA UKM yang telah membuktikan kompetensi kepimpinan dan keusahawanan serta mengecapi pelbagai kejayaan:

 

✅ Kenaikan pendapatan melalui perkembangan kerjaya peringkat pengurusan

✅ Pengiktirafan majikan dengan kenaikan pangkat

✅ Peralihan kerjaya ke pelbagai organisasi dan industri lain

✅ Rangkaian meluas dengan pelbagai peluang kerjaya dan perniagaan.

✅ Menjadi usahawan dan mengembangkan perniagaan sendiri.

 

 

 

Langkah Pertama Anda Bermula Hari Ini !

Jumpa Anda di UKM...

LogoRasmiUKM_teksputih.png

Pre-Assessment Form
(UKM MBA- April 2024 Intake)

Please complete the form to check your eligibility for the choices of programme.

bottom of page