
MEMAHAMI SYARAT PEMILIHAN KE IPTA
Kejayaan mendapat tempat ke IPTA adalah bergantung kepada markah merit, memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas program pengajian, perakuan temu duga dan/atau ujian bagi yang memerlukan syarat berkenaan, kekosongan tempat dan keutamaan pilihan.
Pencapaian Gred Minimum
Bagi tujuan kemasukan ke universiti awam, semua universiti menetapkan syarat kemasukan yang dikategorikan sebagai Syarat Am dan Syarat Khas.
Bagi program Asasi dan Diploma, Syarat Am yang ditetapkan universiti awam dan Politeknik adalah pemohon perlu memperoleh minimum Kepujian (Gred C) bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan serta Lulus Sejarah. Kebanyakan universiti awam juga meletakkan Syarat Khas sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) bagi mata pelajaran Matematik khususnya bagi permohonan program-program aliran sains. Sehubungan itu adalah amat penting untuk para pelajar memberi fokus dan memastikan Mata Pelajaran ini mencapai gred minimum yang diperlukan mengikut bidang pengajian yang dipilih.

Mata Pelajaran SPM
Secara amnya, berdasarkan keperluan MQA, syarat minimum untuk memohon program pengajian adalah seperti berikut:
-
Kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak, tanpa mengira kaum, agama, jantina, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal mengikut markah merit tertinggi hingga terendah.
-
Prinsip meritokrasi tersebut adalah berasaskan pencapaian akademik (90%) dan pencapaian kokurikulum (10%).
Sehubungan itu, pelajar dinasihatkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 8 Mata Pelajaran (MP) dalam peperiksaan SPM (4 MP Universal, 2 MP Elektif dan 2 lain2 MP terbaik) bagi meningkatkan peluang apabila memohon ke IPT khususnya melalui UPU Online. Ini kerana selain syarat minimum tersebut, para pelajar perlu bersaing dari segi pengiraan merit yang memerlukan pencapaian gred yang baik untuk dipilih mengikut keperluan program khususnya program-program dalam bidang popular.
Mata Pelajaran STPM
STPM merupakan sijil terbuka. Pelajar boleh memilih subjek mengikut aliran yang diminati sama ada aliran Sains atau Sastera/ Sains Sosial. Bilangan maksimum mata pelajaran yang boleh diambil ialah lima (5) termasuk Pengajian Am. Untuk tujuan kemasukan ke IPTA, keputusan terbaik bagi empat (4) mata pelajaran sahaja akan diambil kira termasuk Pengajian Am.
Laluan dan Aliran Akademik Mengikut Peringkat Pengajian


Apakah yang dimaksudkan dengan Purata Merit?
Purata Merit adalah markah Merit yang diperoleh oleh pelajar-pelajar yang telah berjaya ditawarkan program tersebut pada tahun-tahun sebelumnya.
Kiraan markah merit dibuat berdasarkan konsep meritokrasi iaitu 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

Kaedah Pengiraan Merit
Sila baca lebih lanjut Kaedah kiraan merit di EduBlog!
Nota:
Melalui pengiraan merit ini, lepasan SPM boleh membandingkan markah merit yang pelajar perolehi dengan purata markah merit calon yang ditawarkan untuk setiap program pengajian.
Pelajar tidak perlu risau untuk kiraan merit ini kerana Aplikasi UPUPocket akan membuat kiraan markah ini secara automatik bila pelajar membuat permohonan nanti.

-
Kiraan Merit bagi kelayakan STPM/ STAM/ Matrikulasi dan Asasi adalah tertakluk kepada 90% Markah Akademik + 10% Markah Ko-kurikulum.
-
Bagi kelayakan Diploma, Merit dikira berdasarkan 100% PNGK.
Syor Dalam Membuat Pemilihan Program
Walaupun mata merit pelajar lebih rendah daripada purata merit program yang ingin dipohon, pelajar masih boleh membuat permohonan. Walau bagaimanapun, peluang untuk pelajar ditawarkan tempat bagi program tersebut adalah rendah memandangkan pelajar perlu bersaing dengan pemohon lain yang memperoleh merit lebih tinggi.
Sehubungan itu, buat pilihan program dengan bijak berdasarkan pencapaian dan kelayakan anda sendiri dan pilih program yang sesuai dengan Markah Merit anda sendiri supaya anda mempunyai peluang tinggi mendapat tawaran pengajian. Pilihlah program di mana markah merit anda sekurang-kurangnya setara atau lebih tinggi supaya pelajar berpeluang mendapat tawaran.
Semoga panduan ini membantu pelajar dan ibu bapa dalam membuat keputusan dan pilihan yang terbaik.
Rujukan Mata Merit bagi Permohonan di UPU Online
Bagi tujuan permohonan ke IPTA/ ILKA melalui UPU Online, pelajar boleh merujuk kepada mata merit bagi setiap program yang ditawarkan. Mata Merit yang dipaparkan adalah berdasarkan rekod permohonan pada tahun 2024 sebagai panduan. Sila rujuk di laman rasmi UPU Online untuk info terkini.
Panduan Mata Merit Program Sijil
Permohonan dengan kelayakan SPM (Tahun Semasa/ Bukan Tahun Semasa)
Pilih IPTA untuk semak mata merit program yang ditawarkan di IPTA berkenaan.
Merit | Program |
|---|---|
65.76 | Certificate In Food And Beverage Service |
64.8 | Certificate In Culinary Arts |
64.02 | Certificate In Recreational Tourism |
61.83 | Sijil Rekabentuk Dalaman |
60.42 | Sijil Animasi 3d # |
59.79 | Sijil Animasi 2d # |
57.21 | Sijil Dandanan Rambut |
57.07 | Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan # |
55.65 | Sijil Kulinari |
55.64 | Sijil Pastri |
55.53 | Sijil Teknologi Telekomunikasi |
54.91 | Sijil Terapi Kecantikan Dan Spa |
Panduan Mata Merit Program Asasi
Permohonan dengan kelayakan SPM (Tahun Semasa/ Bukan Tahun Semasa)
Pilih Bidang Pengkhususan untuk semak mata merit program Asasi yang ditawarkan di IPTA berkenaan.
IPTA | Merit | Program |
|---|---|---|
USIM | 84.85 | Tamhidi Perubatan, Pergigian Dan Sains |
USIM | 74.93 | Tamhidi Sains Fizikal Dan Teknologi |
USIM | 84.15 | Tamhidi Syariah Dan Undang-Undang |
USIM | 86.34 | Tamhidi Perakaunan Dan Muamalat |
UIAM | 83.87 | Asasi Sains Kesihatan Bersekutu |
UPM | 86.5 | Asasi Sains Pertanian |
UMS | baru | Asasi Agrisains |
UM | 93.8 | Asasi Sains Sosial |
UIAM | 80.62 | Asasi Seni Bina Dan Reka Bentuk Alam Sekitar |
POLITEKNIK | 70.61 | Asasi Teknologi Kejuruteraan (Asasi TVET) |
UIAM | 89.42 | Asasi Undang-Undang |
UITM | 84.15 | Asasi Undang-Undang (KPM) |
Panduan Mata Merit Program Diploma
Permohonan dengan kelayakan SPM (Tahun Semasa/ Bukan Tahun Semasa)
Pilih Bidang Pengkhususan untuk semak mata merit program Diploma yang ditawarkan di IPTA/ ILKA berkenaan.
IPTA/ ILKA | Merit | Program |
|---|---|---|
UITM | 87.84 | Diploma Pendidikan Islam |
UITM | 59.64 | Diploma Seni Lukis Dan Seni Reka |
UITM | 60.2 | Diploma Seni Muzik |
UPSI | 62.2 | Diploma Muzik |
UITM | 69.43 | Diploma Teater |
UPSI | 58 | Diploma Tari |
UITM | 75.27 | Diploma Pengurusan Seni |
UPSI | 56.75 | Diploma Teater |
UITM | 65.4 | Diploma Tari Persembahan |
UITM | 60.77 | Diploma Produksi Audio Digital |
KOLEJ KOMUNITI | 68.92 | Diploma In Games Art Technology |
KPM | baru | Diploma In Creative Digital Media Production |
Panduan Mata Merit Program Sarjana Muda
Permohonan dengan kelayakan STPM (Tahun Semasa/ Bukan Tahun Semasa) dan Setaraf
>ALIRAN SAINS
Pilih Bidang Pengkhususan untuk semak mata merit program Sarjana Muda yang ditawarkan di IPTA berkenaan.
IPTA | Merit | Program |
|---|---|---|
UNIMAS | 97.71 | Doktor Perubatan |
UPSI | 83.82 | Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan) Dengan Kepujian |
UM | 96.41 | Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan (Biologi/Fizik/Kimia/Matematik)(Open Market) |
UPM | 94.75 | Bacelor Sains Biologi Dengan Pendidikan (Kepujian) |
UPM | 96.43 | Bacelor Sains Fizik Dengan Pendidikan (Kepujian) |
UPM | 95.92 | Bacelor Sains Kimia Dengan Pendidikan (Kepujian) |
UPM | 96.73 | Bacelor Sains Matematik Dengan Pendidikan (Kepujian) |
UPSI | 89.09 | Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) Dengan Kepujian |
UM | 91.75 | Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak |
UTHM | 80.31 | Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik Dan Elektronik) Dengan Kepujian |
UMS | 85.98 | Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Dengan TESL) |
Panduan Mata Merit Program Sarjana Muda
Permohonan dengan kelayakan STPM (Tahun Semasa/ Bukan Tahun Semasa) dan Setaraf
>ALIRAN SASTERA/ SAINS SOSIAL
Pilih Bidang Pengkhususan untuk semak mata merit program Sarjana Muda yang ditawarkan di IPTA berkenaan.
IPTA | Merit | Program |
|---|---|---|
UPSI | 83.82 | Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan) Dengan Kepujian |
UPSI | 89.09 | Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) Dengan Kepujian |
UM | 91.75 | Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak |
UPSI | 87.38 | Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu) Dengan Kepujian |
UITM | 85.83 | Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pendidikan Seni Dan Senireka |
UMS | 85.98 | Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Dengan TESL) |
UKM | 93.7 | Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)) |
UM | 92.83 | Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua |
UPM | 86.25 | Bacelor Pendidikan Dalam Pendidikan Jasmani Dengan Kepujian |
USM | 93.77 | Sarjana Muda Sastera Dalam Pendidikan Dengan Kepujian [Bahasa Malaysia / Geografi / Sejarah] |
UTM | 84.88 | Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan (Sains Sukan) Dengan Kepujian |
UUM | 88.97 | Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Bimbingan Dan Kaunseling) |
PELUANG KEMASUKAN KE
UNIVERSITI AWAM
TANPA PERSAINGAN MERIT

SALURAN TERUS UNIVERSITI AWAM
Khusus bagi pelajar yang memilih untuk meneruskan pengajian di Universiti Awam, selain permohonan melalui UPU Online, sebahagian universiti Awam juga membuka laluan kemasukan secara terus ke universiti berkenaan melalui saluran khas yang dikenali sebagai Saluran Terus/ Saluran Alternatif/ Ambilan Terus (Direct Intake).
Saluran Terus yang ditawarkan oleh Universiti Awam ini bertujuan memberi alternatif lain khususnya kepada pelajar yang tidak mendapat program pilihan mereka berikutan persaingan sengit di UPU. Walau bagaimanapun, tempat yang diperuntukkan melalui Saluran Terus ini adalah sangat terhad khususnya bagi program-program popular tertakluk kepada mereka yang membuat permohonan dan memberi komitmen awal.
SALURAN TERUS
(DIRECT CHANNEL)
2025
KEMASUKAN KE IPTA & IPTS
MELALUI PERMOHONAN BERPUSAT

Centralised University Admission Portal

MOHON SEKARANG MELALUI PLATFORM BERPUSAT
Platform Kemasukan Universiti Berpusat membuka peluang kepada pelajar tempatan dan antarabangsa yang memenuhi kelayakan untuk menyambung pengajian khususnya dalam bidang kompetitif yang mereka minati sama ada di Universiti Awam, Universiti Swasta atau Kolej Swasta terpilih.
IPTA lebih sesuai bagi mereka yang mencari pendidikan dengan kos yang lebih berpatutan selain reputasi universiti dengan tenaga pengajar berpengalaman. Sementara itu, banyak juga IPTS yang kini telah mencapai penarafan (ranking) yang semakin meningkat sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa serta setanding kualitinya dengan IPTA.
IPTS juga memberikan pengalaman lebih dekat dengan industri dan program inovatif yang lebih relevan dengan keperluan pasaran global dengan syarat kemasukan yang lebih fleksibel.
Secara amnya, IPTA mahupun IPTS masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, yang perlu disesuaikan oleh pelajar dengan keperluan, kemampuan dan matlamat kerjaya masing-masing yang berbeza.
Kami hanya menyediakan pilihan dan laluan.
Pilih dengan bijak dan yang terbaik untuk masa depan anda!
Cari Program Pilihan Anda!

