top of page
fairusuniassist

Laluan ke Profesion Keguruan Tahun 2025

Updated: Sep 19

Ketahui laluan ke  profesion keguruan bagi lepasan SPM/ STPM 2024 serta kelayakan yang diperlukan.



laluan profesion keguruan

Saban tahun, permohonan untuk program-program Pendidikan khususnya di universiti awam adalah antara yang tertinggi.

Kerjaya keguruan sememangnya antara yang popular di kalangan pelajar atas pelbagai faktor antaranya minat, dorongan keluarga dan aspirasi untuk menyumbang kepada pembangunan generasi akan datang.


Permohonan guru KPM IPG DPLI



Kerjaya keguruan juga tidak tertakluk kepada perjawatan di sekolah-sekolah bantuan kerajaan sahaja malah terbuka untuk perkhidmatan di sekolah-sekolah swasta/ persendirian/ antarabangsa dan MRSM, malah ada yang menawarkan perkhidmatan sebagai guru persendirian untuk “home schooling” atau membuka pusat-pusat tuisyen sebagai kerjaya.


Berdasarkan data oleh KPM, jumlah perjawatan guru bagi sekolah KPM adalah 431,229 orang dengan jumlah diisi adalah 410,336. Pada April 2023, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka permohonan untuk pengambilan guru khususnya bagi menangani isu kekurangan ini iaitu seramai 19,431 guru atau 4.49 peratus di seluruh negara membabitkan beberapa mata pelajaran.



Permohonan guru KPM IPG DPLI

Kekurangan ini adalah disebabkan guru keluar daripada sistem atas pelbagai faktor termasuk bersara, meninggal dunia, letak jawatan dan sebagainya. Daripada jumlah tersebut, seramai 9,552 graduan pendidikan telah ditawarkan jawatan guru gred DG41 bagi pengambilan tahun ini.


Sehubungan itu, bidang perguruan sememangnya sentiasa mempunyai permintaan disebalik pelbagai cabaran dalam meningkatkan kualiti pendidikan serta kebergantungan ibu bapa untuk melahirkan para pelajar yang bersaing sengit untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi pada masa depan.



Laluan ke Profesion Keguruan

Bagi para pelajar yang berhasrat untuk menceburi kerjaya keguruan, adalah amat penting untuk mengetahui laluan ke profesion keguruan dan membuat pilihan paling ideal sesuai dengan kelayakan anda. Bagi tujuan perjawatan keguruan, calon perlu menamatkan pengajian sekurang-kurangnya peringkat Sarjana Muda dalam Bidang Pendidikan.


Antara universiti yang menawarkan program-program Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan adalah seperti berikut:


Universiti Awam:

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Universiti Malaya (UM)

Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Universiti Putra Malaysia (UPM)

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Universiti Sains Malaysia (USM)

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Universiti Utara Malaysia (UUM)


IPTS:

Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

Wawasan Open University

Widad University College

SEGi University

Universiti HELP

Universiti Selangor (UNISEL)

Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)

University College of Yayasan Pahang



Merancang laluan akademik sebagai laluan ke profesion keguruan selepas menamatkan SPM/ STPM setaraf


Pada tahun 2024, KPM telah membuka ruang kemasukan yang lebih luas bukan sahaja kepada Lepasan SPM seperti tahun tahun sebelumnya malah turut dibuka untuk kategori Lepasan STPM/ STAM/ Matrikulasi.

guru KPM IPG DPLI
Permohonan guru KPM IPG
Program Pelajar Cemerlang (PPC) ke luar negara.

Khusus untuk lepasan SPM tahun semasa, KPM turut menawarkan Tajaan untuk Program Pelajar Cemerlang (PPC) ke luar negara.









LALUAN KE PROFESION KEGURUAN


Sebagai panduan kepada para pelajar, antara pilihan laluan pendidikan untuk kerjaya keguruan adalah seperti berikut:


>>>1. Laluan PISMP (Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan) -khusus untuk lepasan SPM


Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah sahaja.


Permohonan guru KPM IPG DPLI
Iklan PISMP IPG KPM 2024

Lepasan SPM (Tahun semasa dan 2 tahun kebelakang sahaja)

Pelajar lepasan SPM boleh memohon mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama dua belas (12) bulan atau tiga (3) semester di IPG yang akan ditetapkan oleh KPM.


Pelajar yang lulus PISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama empat (4) tahun atau dua belas (12) semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.



CARA MEMOHON PISMP

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my yang biasanya dibuka pada bulan Mac untuk ambilan Jun setiap tahun.

Calon SPM/ STPM/ STAM/Matrikulasi Tahun 2024 boleh mengemukakan permohonan walaupun belum memiliki keputusan sebenar peperiksaan. Permohonan kebiasaannya akan mula dibuka pada bulan Mac hingga April setiap tahun.


Tawaran program adalah tertakluk kepada calon yang berjaya dalam setiap peringkat berikut:

  1. Memenuhi syarat kelayakan akademik

  2. Lulus Saringan UKCG. UKCG adalah ringkasan kepada Ujian Kelayakan Calon Guru. Calon yang terpilih perlu menduduki ujian psikometrik secara atas talian (e-UKCG) yang digunakan oleh IPGM KPM untuk menyaring calon-calon yang memohon latihan perguruan di IPG.

  3. Ujian Kecergasan Fizikal (UKF)

  4. Temuduga


Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan dan tarikh menduduki e-UKCG. Calon mestilah menjalani saringan dan lulus e-UKCG sebelum dipanggil temu duga dan ujian kecergasan fizikal (UKF).


Berikut adalah jadual proses pengambilan pada tahun 2024 untuk panduan semua calon yang berminat


Untuk pengambilan tahun 2025, pelajar dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, ujian kecergasan fizikal (UKF), syarat bidang pengkhususan serta tarikh-tarikh penting proses pengambilan sebelum membuat permohonan.


SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

  1. Warganegara Malaysia.

  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2025 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2005

  3. Sihat tubuh badan.

  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

  5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.

  6. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris.

  7. Memenuhi syarat bidang pengkhususan. Rujuk syarat bidang pengkhususan. (https://pismp.moe.gov.my)

BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN

Sila semak senarai program di pautan berikut:

Untuk maklumat yang dikemaskini bagi tahun 2025, sila layari laman sesawang KPM: https://pismp.moe.gov.my




>>>2. Laluan STPM, Asasi, Matrikulasi, Diploma & kelayakan setaraf


Selain mengikuti program persediaan di IPG iaitu PISMP, calon lepasan SPM yang berhasrat untuk meneroka peluang menjadi guru untuk sekolah rendah dan juga sekolah menengah mempunyai pilihan laluan pilihan lain iaitu menyambung ke pengajian Asasi, Matrikulasi, STPM atau Diploma sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda Pendidikan di IPG, IPTA atau IPTS.


Bagi calon Asasi, Matrikulasi, STPM atau Diploma yang meneruskan pengajian Sarjana Muda BUKAN dalam bidang Pendidikan/ Perguruan, mereka perlu mengambil Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) selepas tamat Sarjana Muda sebelum boleh memohon ke profesion perguruan.


Secara amnya, kelayakan kemasukan lepasan SPM keempat-empat laluan ini adalah seperti berikut:

Permohonan guru KPM IPG DPLI
Laluan SPM ke Sarjana Muda


Perbandingan tempoh keseluruhan pengajian laluan ke profesion perguruan:

Permohonan guru KPM IPG DPLI


SENARAI PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN/PERGURUAN

Sila semak senarai program di pautan berikut: Senarai Program



PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)


Pada tahun 2024, KPM turut membuka Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM bagi graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda TANPA Pendidikan untuk mengikuti program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru (IPG). Program ini adalah sama seperti program DPLI yang ada ditawarkan oleh beberapa universiti awam. Walau bagaimanapun istimewanya program PDPP KPM ini ialah para pelajar yang berjaya menamatkan program PDPP akan diserap terus untuk jawatan guru di bawah KPM. Permohonan PDPP di pautan berikut: mypdpp.moe.gov.my


DPLI 2024



Rumusan

Permohonan guru KPM IPG DPLI

Kerjaya sebagai seorang guru sememangnya mencabar khususnya di era teknologi tanpa

sempadan khususnya untuk mendidik anak-anak meneroka pelbagai cabang ilmu, idea dan penemuan baharu serta sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif dalam penyelesaian masalah.


Pada masa yang sama guru juga perlu berdepan dengan pelajar masakini yang terdedah dengan pelbagai perkara sama ada yang membawa kebaikan ataupun keburukan.


Sehubungan itu, pelajar yang berhasrat untuk meneroka kerjaya bidang perguruan perlu bersedia bukan sahaja untuk menyumbang ilmu pengetahuan malah perlu kental dalam mental dan fizikal untuk menjadikan kerjaya ini sesuatu yang berharga.


Selamat Maju Jaya kepada semua bakal Guru.


Permohonan guru KPM IPG DPLI




14,895 views

Comments


bottom of page