top of page

Pembukaan Permohonan Biasiswa 2024 (Scholarships 2024)

Updated: Apr 2


----------------------------------------------------------------------------



TESP MARA 2024

PROGRAM BIASISWA SARJANA MUDA PIDM

============================


Ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda tetapi mempunyai masalah kewangan?


Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) menawarkan Program Biasiswa Sarjana Muda PIDM yang kini dibuka untuk permohonan!


Manfaat program termasuk:

  • Pembiayaan yuran pembelajaran dan elaun disediakan

  • Merangkumi pelbagai bidang pengajian /kursus ijazah sarjana muda

  • Program mentor dan bimbingan

  • Latihan praktikal berbayar

  • Tiada ikatan kontrak

Untuk maklumat lanjut, klik www.pidm.gov.my/biasiswa


Permohonan ditutup pada 26 April 2024, 11.59pm.


Untuk sebarang pertanyaan, hantarkan ke alamat e-mel ss@pidm.gov.my atau hubungi Puan Verrene Chia di talian 03-2303 0467 atau Encik Zulkefli Mohamed Noor di talian 03-2303 0687.


------------------------------------------------------------------------------------------


TESP MARA 2024

HEBAHAN PENAJAAN TESP MARA 2024

============================

TERTIARY EDUCATION SPONSORSHIP PROGRAMME (TESP)


MARA menawarkan permohonan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama

bagi pengajian secara sepenuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) terpilih

di dalam negara mengikut bidang tertentu.


Permohonan secara atas talian akan mula dibuka pada 20 Mac sehingga 01 April 2024.










------------------------------------------------------------------------------------------


TESP MARA 2024

HEBAHAN PENAJAAN STEP MARA: PENGAJIAN DALAM NEGARA 2024

============================

STPM / STAM EXCELLENCE PROGRAMME (STEP) 2024


MARA menawarkan permohonan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama

bagi pengajian secara sepenuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) terpilih

di dalam negara mengikut bidang tertentu.


Permohonan secara atas talian akan mula dibuka pada 20 Mac sehingga 01 April 2024.









------------------------------------------------------------------------------------------



YTP Scholarship 2024

Biasiswa Yayasan YTL

YTL FOUNDATION SCHOLARSHIP PROGRAMME


Tarikh Tutup Permohonan:

30 APRIL 2024


YTL Foundation menawarkan sehingga 30 biasiswa pada setiap tahun khusus untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi, A Level dan Asasi yang ingin melanjutkan pengajian tinggi peringkat Sarjana Muda di universiti awam atau swasta.


Info & permohonan di link berikut: https://ytlfoundation.org/applynow/












------------------------------------------------------------------------------------------



Japan Scholarship 2025

Tawaran Biasiswa Gamuda 2024

=====================


Yayasan Gamuda membuka permohonan kepada para pelajar yang layak untuk tawaran biasiswa bagi mengikuti program ijazah pertama dalam dan luar negara

Biasiswa ini meliputi yuran pengajian, elaun sara hidup, yuran penginapan, pembelian buku, elaun komputer riba dan tambang penerbangan (hanya untuk pelajar yang belajar di luar negara).


Tarikh tutup permohonan pada 30 April 2024.











------------------------------------------------------------------------------------------


Japan Scholarship 2025

BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN 2025 (MONBUKAGAKUSHO: MEXT)


SARJANA MUDA , KOLEJ TEKNOLOGI, KOLEJ LATIHAN KHAS


Kedutaan Jepun di Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Biasiswa Tajaan Kerajaan

Jepun (Monbukagakusho:MEXT) bagi tahun akademik 2025 untuk program Sarjana Muda

(Undergraduate), Kolej Teknologi (KOSEN) dan Kolej Latihan Khas (Specialized Training College) telah dibuka untuk permohonan bermula sekarang. Rakyat Malaysia yang berkelayakan yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di Jepun adalah dipelawa untuk memohon.


Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 April 2024 jam 4.00 petang.


Untuk info & permohonan, klik di bawah:




------------------------------------------------------------------------------------------


Pinjaman Pendidikan PBU Selangor 2024

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS)


Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Siri 1 Tahun 2024


Tarikh Permohonan:

15 MAC 2024 - 31 MAC 2024


Sila imbas QR CODE tertera untuk semakan syarat permohonan dan pendaftaran.

Segala pertanyaan sila hubungi urusetia di talian: 03-5521 2275/ 03-5544 7484/ 03-5544 7480



------------------------------------------------------------------------------------------



Pinjaman Pelajaran Johor 2024

YAYASAN PENDIDIKAN JOHOR: PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN DALAM NEGARA SESI 1/2024


Tarikh Permohonan: 17 - 30 Mac 2024


Khusus untuk pelajar DIPLOMA DAN IJAZAH SEPENUH MASA dan terbuka kepada pelajar IPTA SAHAJA.


Permohonan secara atas talian (online) di laman sesawang YPJ atau boleh klik di pautan http://portal.ypj.gov.my/institusi-pengajian-tinggi/ .

KEUTAMAAN PADA YANG TIADA TAJAAN









------------------------------------------------------------------------------------------



Sime Darby Scholarship Biasiswa 2024

Biasiswa Yayasan Sime Darby

Undergraduate Excellence Scholarship 2024


Tarikh Permohonan: 1 hingga 15 Mac 2024.


Yayasan Sime Darby mempelawa pelajar prasiswazah yang berkelayakan bagi kemasukan September 2024 dan pelajar prasiswazah tahun pertama untuk memohon biasiswa kecemerlangan untuk mengikuti di institusi pengajian tinggi terkemuka di Malaysia.


Tempoh Bon Perkhidmatan:

3 tahun di Syarikat Sime Darby setelah tamat pengajian.





Untuk maklumat lanjut berkaitan lain-lain biasiswa/ scholarship dan lain-lain bantuan pembiayaan pengajian, sila layari laman berikut: https://www.uniassist.my/funding-scholarships



174 views0 comments

Recent Posts

See All

留言


bottom of page