SCHOLARSHIP- Biasiswa MARA 2025 (YTP/ TESP/ STEP/ WTU)
Updated: Jun 12, 2025

Pembiayaan Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA)
MARA menyediakan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang dikhususkan kepada para pelajar Bumiputera yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian bermula peringkat persediaan (Asasi/ Matrikulasi) hingga ke peringkat Ijazah Tinggi.
Terdapat 3 jenis pembiayaan yang ditawarkan oleh MARA seperti berikut:
BIL. | PEMBIAYAAN | KATEGORI PEMOHON | PERINGKAT PENGAJIAN |
1. | Lepasan SPM setaraf | Asasi/ Matrikulasi hingga Sarjana Muda | |
2. | Lepasan STPM setaraf | Sarjana Muda | |
3. | Lepasan STPM/STAM dan Diploma | Sarjana Muda | |
4. | International Baccalaureat (IB)/ A-Level/ Foundation/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma/ STPM | Sarjana Muda |
Apakah yang dimaksudkan dengan Pinjaman Boleh Ubah?
Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pelajar setelah tamat pengajian, tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.
Kadar Pengurangan Pinjaman MARA berdasarkan CGPA*
◾3.5 - 4.0 - Bayaran balik 1o% daripada jumlah pinjaman
◾3.0 - 3.49 - Bayaran balik 15% daripada jumlah pinjaman
◾2.0 - 2.99 - Bayaran balik 20% daripada jumlah pinjaman
*Tertakluk kepada perubahan
PROGRAM PENAJAAN PINJAMAN PELAJARAN MARA
Biasiswa MARA 2025:

PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT MUDA
YOUNG TALENT DEVELOPMENT PROGRAMME (YTP)
-Untuk Lepasan SPM
Young Talent Development Programme (YTP) adalah program penajaan pinjaman pelajaran
berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2024 bagi menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luar negara.
Proses Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal MARA.
Pembukaan Permohonan
Permohonan kebiasaannya akan mula dibuka selama 15 hari bermula hari pengumuman keputusan SPM pada setiap tahun.
Syarat umum untuk memohon
Syarat – syarat umum permohonan Program YTP seperti di bawah:
Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus warganegara Malaysia
bumiputera.
Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 buat kali pertama.
Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian dan peringkat yang sama.
Syarat Kelayakan Akademik
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya Enam (6) A- laluan dalam negara dan
Tujuh (7) A- laluan luar negara bagi keputusan peperiksaan SPM 2023.
Perincian syarat kelayakan penawaran Program YTP boleh dirujuk dalam senarai kursus dan syarat kelayakan program semasa permohonan dibuka.
Info lanjut: YTP MARA 2025
--------------------------------------------------------------------------->>>>>>>>>>>>

Biasiswa MARA 2025:
PROGRAM PENAJAAN PENGAJIAN TERTIARI
TERTIARY EDUCATION SPONSORSHIP PROGRAMME
-Untuk Lepasan STPM setaraf
Program Penajaan Pengajian Tertiari adalah program penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi / Asasi / Diploma dan setaraf yang telah ditawarkan pengajian peringkat Ijazah Pertama (Sarjana Muda) dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih dalam negara bagi sesi kemasukan 2025. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama juga boleh memohon.
Proses Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melaui Portal MARA, http://www.mara.gov.my. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. Pemohon juga dikehendaki membaca dan memahami Garis Panduan Permohonan TESP yang disediakan sebelum membuat permohonan.
Pembukaan Permohonan
Permohonan biasanya dibuka 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac/April dan Oktober/November.
Syarat-syarat umum kelayakan permohonan
Syarat kelayakan Program ini boleh dirujuk dalam garis panduan permohonan yang diletakkan di Portal MARA, seperti berikut:
Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera dan warganegara Malaysia.
Had umur pelajar tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan.
Memenuhi kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) yang ditetapkan. Pengecualian syarat SES bagi pengajian dalam bidang Perubatan dan Pergigian sahaja
Ibu, bapa dan penjaga serta pemohon tidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
Tidak pernah menerima pinjaman bagi peringkat pengajian yang sama.
Bagi pelajar yang mempunyai masalah kesihatan, pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.
Syarat Kelayakan Akademik
Bagi pelajar baharu, lepasan Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM / Diploma dan yang setaraf dengannya.perlu memperolehi keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK (CGPA) 3.50 bagi program Perubatan dan Pergigian dan PNGK 3.30 ke atas untuk lain-lain bidang. Pelajar juga telah mendapat tawaran dan mendaftar pengajian di IPT bermula Januari 2025.
Bagi pelajar sedia ada, keputusan akademik yang terkini sekurang-kurangnya mendapat PNGK (CGPA) 3.50 bagi program Perubatan dan Pergigian dan PNGK 3.30 ke atas untuk lain-lain bidang serta mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang 1 (satu) tahun.
Pelajar juga perlu lulus dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu semasa di peringkat SPM. Manakala, bagi pengajian dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, pelajar perlu memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional yang berkaitan.
Info lanjut dan permohonan: https://www.mara.gov.my/tertiary-education-sponsorship-programme-tesp-15/
--------------------------------------------------------------------------->>>>>>>>>>>>
Biasiswa MARA 2025:

PROGRAM KECEMERLANGAN STPM/STAM
STPM/ STAM EXCELLENCE PROGRAMME (STEP)
-Untuk Lepasan STPM/STAM dan Diploma
STPM/ STAM Excellence Programme adalah program penajaan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan STPM/ STAM dan Diploma bagi menyambung pengajian di peringkat Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam negara.
Proses Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal MARA
Pembukaan Permohonan
Permohonan kebiasaannya akan mula dibuka selama 15 hari bermula hari pengumuman keputusan SPM pada setiap tahun.
Syarat umum untuk memohon
Syarat – syarat umum permohonan Program STEP seperti di bawah:
Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa adalah bertaraf Bumiputera DAN warganegara Malaysia.
Had umur pemohon pada 31 Disember 2025 adalah minimum 17 tahun dan tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.
Memiliki kelayakan akademik yang ditetapkan oleh MARA.
Memenuhi syarat kelayakan Status Sosioekonomi (SES) keluarga seperti berikut:

Tidak menerima tajaan/bantuan kewangan daripada mana-mana penaja/agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.
Penjamin adalah warganegara Malaysia yang tidak diisytihar muflis (rujuk kelayakan menjadi penjamin di Panduan Permohonan).
Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Penjamin/Pasangan tidak termasuk dalam senarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang- Undang MARA.
Pemohon perlu mendapatkan pengesahan dari doktor bertauliah bahawa pemohon mempunyai kesihatan yang baik iaitu bebas dari sebarang penyakit kronik untuk melanjutkan pengajian (senarai penyakit kronik rujuk di Lampiran GP1).
Pemohon mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi pemohon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana badan penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang- undang negara dan tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pendidikan atas masalah akademik/disiplin.
Syarat Khusus
Permohonan dibuka kepada pelajar baharu atau pelajar sedia ada di Institusi Pendidikan MARA (IPMA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Government Link University (GLU) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) laluan alternatif.
Permohonan di IPTA laluan perdana dibuka kepada pelajar sedia ada sahaja. Bagi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), hanya terbuka kepada pelajar selain pegawai kadet.
Memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut :-
Pelajar Baharu :-

Pelajar Sedia Ada :-

Syarat Akademik Lain :-

Pemohon sedang mengikuti pengajian di IPT TIDAK termasuk yang sedang menangguh pengajian atau digantung pengajian atas pelbagai sebab.
Pemohon sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di IPT TIDAK termasuk program pengajian secara separuh masa, jarak jauh dan dalam talian.
Kelayakan akademik bagi program perubatan, pergigian, farmasi lain mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional berkaitan.
Kursus yang diikuti telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau mendapat pengiktirafan Badan- Badan Profesional yang berkaitan seperti Majlis Peguam, Malaysian Medical Council (MMC), Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), Board of Engineers Malaysia (BEM) dan sebagainya.
Pemohon yang telah memiliki kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang sama dengan permohonan ini TIDAK akan dipertimbangkan.
Syarat Kelayakan Akademik
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya Enam (6) A- laluan dalam negara dan
Tujuh (7) A- laluan luar negara bagi keputusan peperiksaan SPM 2024.
Perincian syarat kelayakan penawaran Program YTP boleh dirujuk dalam senarai kursus dan syarat kelayakan program semasa permohonan dibuka.
--------------------------------------------------------------------------->>>>>>>>>>>>
WORLD’S TOP UNIVERSITIES PROGRAMME (WTU)

Untuk lepasan International Baccalaureat (IB)/ A-Level/ Foundation/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma/ STPM
MARA turut menawarkan permohonan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah untuk pelajar cemerlang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti terpilih luar negara mengikut bidang tertentu yang memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:-
Syarat Umum
Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa bertaraf Bumiputera DAN warganegara Malaysia.
Had umur pemohon pada 31 Disember 2025:

Syarat Khusus
Permohonan WTU terbuka kepada pemohon yang telah :-
mendapat surat tawaran bersyarat (conditional offer letter) atau surat tawaran tanpa syarat (unconditional offer letter) untuk pengajian pada tahun 2024 sebelum tarikh iklan ditutup; atau
sedang melanjutkan pengajian peringkat ijazah Sarjana Muda pada tahun 2024 dan baki tempoh pengajian tidak kurang daripada 12 bulan dari tarikh permohonan dibuat TIDAK termasuk semester terkini/semasa.
Butiran lanjut Syarat Kelayakan dan proses permohonan boleh diperolehi di laman rasmi: WTU MARA
NOTA: Info dan tarikh berkaitan adalah tertakluk kepada perubahan dan hebahan semasa oleh pihak MARA
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:
Education Sponsorship Division
Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur
MARA Hotline : 03-2613 2000
Division Tel. no. : 03-2613 2034 / 03-2613 2043 / 03-2613 2103 / 03-2613 2070 / 03-2613 2117 / 03-2613 2050 / 03-2613 2058 / 03-2613 2102
<<<------------------------------------------------------------------------------------------>>>
Bacaan berkaitan:





A numbered school name such as MSP6 is specific, but families still need to understand the everyday experience behind the label. I would be interested in clear information about expectations, communication, and how pupils find their place. That is my starting point for MSP6 school information. An understandable school introduction should make practical questions easier to ask. The number helps distinguish an identity; the details around it help a reader think about what learning and participation could mean in that context.
Phần YTP với TESP viết go88 khá dễ hiểu, nhất là cái mốc điểm dự kiến được nêu ra cụ thể thay vì để người đọc tự đoán. Điều tôi thíchở bài này là tác giả không hứa hẹn kết quả, chỉ nói rõ hồ sơ cần những gì và sai sót nào dễ làm hỏng cả hồ sơ đẹp. Đọc lúc nghỉ trưa, tôi toàn nghĩ chuyện khác nên cũng không chú ý hết từng dòng. Bạn thân lại bảo tôi mỗi lần thấy trang nào đụng chữ
Đọc xong bài này tôi lại muốn tìm nghe lại album đó, dù trước khi đọc cũng chỉ nghe vài bài. Chuyện tác giả kể đang đi bộ thấy hai người hôn nhau rồi mới bật cười cũng buồn cười thật, kiểu cảnhấy ai cũng từng gặp mà chẳng ai giải thích được. Mỗi tối tôi ngồi lướt điện thoại lâu, cũng từng bấm vào mấy trang nhạc rồi lại thoát ra không hiểu vì sao. Tò go88 mò nhất là phần cuối, tác giả nói thứ gì khiến chuyện đó hợp với đời mình hơn, tôi đoán là giai đoạn đó nhiều thay đổi, nhưng chắc phải đọc kỹ mới hiểu.
Đọc bài về học bổng MARA 2025 với bốn chương trình YTP, TESP, STEP và WTU, chi tiết dễ để ý nhất với mình là mỗi nhóm thí sinh được tách riêng kèm điều kiện riêng, thay vì gộp tất cả vào một danh sách chung. Mình từng thấy các bảng thông báo học bổng dán ở nhiều nơi, phần lớn viết cực ngắn kiểu chỉ cần đủ tuổi và có điểm, người đọc dễ mặc định đó là công thức chung cho mọi chương trình. Ở đây, việc mỗi loại học bổng kèm yêu cầu khác nhau khiến mình hiểu rằng việc ứng tuyển phải xem kỹ từng mục chứ không thể suy rộng từ chương trình này sang…
Mình không nộp học bổng nên chỉ đọc để xem chương trình này dành cho ai. Phần điều kiện và lộ trình thấy khá nhiều lớp, mình không nhớ hết ngay được. Người thân từng dặn mình tìm giấy tờ sớm khi có một chương trình hỗ trợ học tập, nhưng mình chưa từng đi tới bước nào. Trong lúc đọc, mình nhớ có lần nghe cái tên go88 khi người quen nói về game bài đổi thưởng, đó chỉ là một chi tiết thoáng qua. Bài viết để lại cho mình suy nghĩ rằng hồ sơ học bổng cần được đọc kỹ trước khi quyết định có phù hợp hay không.