top of page

Kelebihan Pengajian Asasi dan senarai program yang ditawarkan di universiti awam yang anda perlu tahu.

Program Asasi adalah program pra-universiti yang ditawarkan oleh sebahagian universiti bagi mempersiapkan para pelajar untuk melayakkan diri melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda khususnya di universiti yang sama atau ke lain-lain IPTA. Program Asasi merupakan laluan akademik paling cepat untuk ke program Sarjana Muda. 


Tempoh Pengajian: 1 Tahun

Jam kredit minimum: 50 kredit

Kelayakan Minimum SPM: 5 Kepujian (tertakluk kepada keperluan program)

Permohonan: Portal UPUOnline: https://upu.mohe.gov.my atau melalui Saluran Terus



LALUAN KE SARJANA MUDA

Tempoh pengajian laluan Asasi ke Sarjana Muda adalah paling pantas berbanding STPM/ Diploma. Perbandingan adalah seperti berikut:

Asasi

KATEGORI PROGRAM ASASI

Secara amnya, program Asasi terbahagi kepada pengkhususan pengajian utama seperti berikut:


ASASI SAINS

1. Sains Hayat (Sains Tulen)

Laluan ke Sarjana Muda:

  • Perubatan

  • Pergigian

  • Farmasi

  • Kejururawatan

  • Pengimejan Perubatan

  • Optometri

  • Fisioterapi

  • dan bidang lain yang berkaitan


2. Sains Fizikal

Laluan ke Sarjana Muda:

  • Kejuruteraan

  • Alam Bina

  • Ukur Bahan

  • Sains Komputer & Teknologi Maklumat

  • Sains Aktuari

  • dan bidang lain berkaitan


ASASI SASTERA/ KEMANUSIAAN

1. Perniagaan

Laluan ke Sarjana Muda:

  • Perakaunan

  • Ekonomi

  • Perniagaan & Pentadbiran

  • Keusahawanan

  • Insurans & Pengurusan Risiko

  • Kewangan

  • Pemasaran

  • Perbankan

  • Perdagangan,

  • Pelaburan

  • dan bidang lain yang berkaitan


2. Kemanusiaan

Laluan ke Sarjana Muda:

  • Pendidikan,

  • Persembahan Iklan

  • Seni Halus

  • Undang-undang

  • Psikologi

  • Sosiologi

  • Antropologi

  • Falsafah

  • Kaunseling

  • Sains Politik

  • Komunikasi Massa

  • Kajian Media

  • dan bidang lain yang berkaitan



ASASI TVET

Program TVET Berciri Advanced TVET In Higher Education


Program Asasi TVET memperluas akses pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.


Melalui program ini persediaan awal dan berfokus dapat diberikan kepada pelajar yang cenderung dalam bidang TVET. Sebagai permulaan, LIMA (5) buah politeknik menjadi perintis bagi pengambilan pertama pada Sesi I 2023/2024.


Pembangunan kurikulum Program Asasi TVET direka bentuk dengan memberi penekanan kepada elemen amali dan praktikal. Manakala fokus bidang Asasi TVET yang ditawarkan adalah mengikut keperluan industri semasa.


Laluan ke Sarjana Muda khususnya dalam bidang Teknologi Kejuruteraan. Tiga (3) perkhususan bidang pengajian adalah:

i) Teknologi Kejuruteraan Awam

ii) Teknologi Kejuruteraan Mekanikal

iii) Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik



ASASI TERBUKA VS ASASI TERTUTUP

Untuk pengetahuan semua, program Asasi ini juga dikategorikan sebagai terbuka dan sebahagiannya adalah tertutup. Jadi apa yang dimaksudkan Asasi Terbuka dan Asasi Tertutup?


ASASI TERBUKA

Kategori Asasi Terbuka adalah di mana lepasan Asasi ini layak memohon serta diterima untuk kemasukan ke Sarjana Muda di mana-mana Universiti Awam khususnya melalui permohonan di UPU atau secara terus ke universiti berkenaan.


Walau bagaimanapun, di UPU Online hanya Asasi daripada sebahagian universiti awam sahaja diberi laluan khas melalui kategori permohonan yang ditetapkan seperti berikut:


KATEGORI N, P, U, L, K, J, M, V

Pelajar Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ ASASIpintar UKM/ Asasi UiTM tahun semasa seperti pecahan berikut :

  • Kategori N : Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, Asasi Sains UM, ASASIpintar UKM dan Asasi UiTM.

  • Kategori P : Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.

  • Kategori U : Aliran Undang-Undang (KPM) Calon Asasi UiTM.

  • Kategori K : Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.

  • Kategori L : Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)

  • Kategori J : Aliran Kejuruteraan Calon Matrikulasi KPM.

  • Kategori M : Aliran Sains Sosial Calon Asasi Sains UM.

  • Kategori V : Aliran TVET Politeknik.



ASASI TERTUTUP

Program Asasi yang ditawarkan oleh universiti awam selain daripada kategori N, P, U, L, K, J, M, V di atas kategorikan sebagai Asasi Tertutup kerana ianya ditawarkan khusus sebagai laluan (feeder) ke program Sarjana Muda universiti tersebut sahaja. Walau bagaimanapun, calon daripada asasi ini (yang mempunyai akreditasi MQA) masih boleh memohon ke universiti awam lain khususnya melalui Saluran Terus atau melalui UPU di bawah Kategori F.



SENARAI PROGRAM ASASI YANG DITAWARKAN UNIVERSITI AWAM DI UPU ONLINE

BIL.

IPTA

KOD PROGRAM

NAMA PROGRAM PENGAJIAN

1

UM

UM0221002

ASASI PENGAJIAN ISLAM

2

UM

UM0221001

ASASI PENGAJIAN ISLAM DAN SAINS

3

UM

UM0440001

ASASI SAINS FIZIKAL

4

UM

UM0421001

ASASI SAINS HAYAT

5

UM

UM0010001

ASASI SAINS SOSIAL

6

UKM

UK0010001

ASASIPINTAR

7

UPM

UP0000001

ASASI SAINS PERTANIAN

8

UIAM

UY0000015

ASASI BAHASA ARAB

9

UIAM

UY0000001

ASASI BAHASA ARAB UNTUK KOMUNIKASI ANTARABANGSA

10

UIAM

UY0000016

ASASI BAHASA INGGERIS

11

UIAM

UY0000014

ASASI BAHASA INGGERIS UNTUK KOMUNIKASI ANTARABANGSA

12

UIAM

UY0000012

ASASI BAHASA MELAYU UNTUK KOMUNIKASI ANTARABANGSA

13

UIAM

UY0000011

ASASI EKONOMI & SAINS PENGURUSAN

14

UIAM

UY0000005

ASASI FARMASI

15

UIAM

UY0000006

ASASI ILMU PENGETAHUAN BERTERASKAN WAHYU DAN WARISAN ISLAM

16

UIAM

UY0000004

ASASI KEJURURAWATAN

17

UIAM

UY0000008

ASASI KEJURUTERAAN DAN SAINS KOMPUTER

18

UIAM

UY0000010

ASASI PERANCANGAN PELANCONGAN DAN PENGURUSAN HOSPITALITI

19

UIAM

UY0000019

ASASI PERGIGIAN

20

UIAM

UY0000018

ASASI PERUBATAN

21

UIAM

UY0000002

ASASI SAINS FIZIKAL

22

UIAM

UY0000013

ASASI SAINS HAYAT

23

UIAM

UY0000017

ASASI SAINS KEMANUSIAAN

24

UIAM

UY0000003

ASASI SAINS KESIHATAN BERSEKUTU

25

UIAM

UY0000009

ASASI SENI BINA DAN REKA BENTUK ALAM SEKITAR

26

UIAM

UY0000007

ASASI UNDANG-UNDANG

27

UITM

UE0520001

ASASI KEJURUTERAAN

28

UITM

UE0545001

ASASI SAINS

29

UITM

UE0222001

ASASI TESL #

30

UITM

UE0380001

ASASI UNDANG-UNDANG (KPM)

31

UITM

UE0380002

ASASI UNDANG-UNDANG (UITM)

32

UUM

UU0345001

PROGRAM ASASI PENGURUSAN

33

USIM

UQ0340001

TAMHIDI PERAKAUNAN DAN MUAMALAT

34

USIM

UQ0421001

TAMHIDI PERUBATAN, PERGIGIAN DAN SAINS

35

USIM

UQ0440005

TAMHIDI SAINS FIZIKAL DAN TEKNOLOGI

36

USIM

UQ0381001

TAMHIDI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG

37

UMK

UL0010001

ASASI SAINS

38

UMS

UH0010001

ASASI SAINS

39

UMS

UH0010002

ASASI TEKNOLOGI MAKLUMAT

40

UMT

UG0010001

ASASI STEM

41

UNIMAS

UW0010002

ASASI SAINS FIZIKAL

42

UNIMAS

UW0010001

ASASI SAINS HAYAT

43

UNISZA

UD0010001

ASASI SAINS DAN PERUBATAN

44

UPNM

UZ0520001

ASASI KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI #

45

UPNM

UZ0345001

ASASI PENGURUSAN DAN STRATEGI #

46

UPNM

UZ0721001

ASASI PERUBATAN #

47

POLITEKNIK

FB0500001

ASASI TVET

Nota: Program Asasi di UM, UiTM, UIAM, UMS dan UNIMAS hanya terbuka kepada calon keturunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Sahaja




PENAWARAN ASASI MELALUI SALURAN TERUS

Selain penawaran program melalui UPU Online, sebahagian universiti awam juga turut menawarkan program Asasi melalui Saluran Terus iaitu permohonan terus ke universiti yang berkenaan. Program Asasi yang ditawarkan melalui Saluran Terus ini terbuka kepada semua pemohon warganegara Malaysia serta pelajar antarabangsa.


Antara universiti dan program yang ditawarkan adalah seperti berikut:


UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

  • Asasi Sains Fizikal

  • Asasi Sains Hayat

  • Asasi Sains Sosial


UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)

  • Asasi Undang-undang

  • Asasi Sains Kemanusiaan

  • Asasi Ekonomi & Sains Pengurusan

  • Asasi Bahasa Inggeris

  • Asasi Perubatan

  • Asasi Kejururawatan

  • Asasi Sains Kesihatan Bersekutu

  • Asasi Sains Biologi

  • Asasi Sains Fizikal

  • Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer

  • Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar

  • Asasi Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam

  • Asasi Bahasa Arab

  • Asasi Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Antarabangsa

  • Asasi Bahasa Arab untuk Komunikasi Antarabangsa

  • Asasi Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa


UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA)

  • Asasi Sains dan Teknologi



*Info lanjut berkenaan Saluran Terus ini boleh baca di sini.

1,999 views

Comments


bottom of page