top of page

Laluan ke Profesion Keguruan Tahun 2024

Updated: Mar 14

Ketahui laluan bagi pelajar lepasan SPM/ STPM serta kelayakan untuk ke profesion keguruan.


guru KPM IPG DPLI
Permohonan guru KPM IPG

Saban tahun, permohonan untuk program-program Pendidikan khususnya di universiti awam adalah antara yang tertinggi.

Kerjaya keguruan sememangnya antara yang popular di kalangan pelajar atas pelbagai faktor antaranya minat, dorongan keluarga dan aspirasi untuk menyumbang kepada pembangunan generasi akan datang.


Permohonan guru KPM IPG DPLI

Kerjaya keguruan juga tidak tertakluk kepada perjawatan di sekolah-sekolah bantuan kerajaan sahaja malah terbuka untuk perkhidmatan di sekolah-sekolah swasta/ persendirian/ antarabangsa dan MRSM, malah ada yang menawarkan perkhidmatan sebagai guru persendirian untuk “home schooling” atau membuka pusat-pusat tuisyen sebagai kerjaya.


Berdasarkan data oleh KPM, jumlah perjawatan guru bagi sekolah KPM adalah 431,229 orang dengan jumlah diisi adalah 410,336. Pada April 2023, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka permohonan untuk pengambilan guru khususnya bagi menangani isu kekurangan ini iaitu seramai 19,431 guru atau 4.49 peratus di seluruh negara membabitkan beberapa mata pelajaran.



Permohonan guru KPM IPG DPLI

Kekurangan ini adalah disebabkan guru keluar daripada sistem atas pelbagai faktor termasuk bersara, meninggal dunia, letak jawatan dan sebagainya. Daripada jumlah tersebut, seramai 9,552 graduan pendidikan telah ditawarkan jawatan guru gred DG41 bagi pengambilan tahun ini.


Sehubungan itu, bidang perguruan sememangnya sentiasa mempunyai permintaan disebalik pelbagai cabaran dalam meningkatkan kualiti pendidikan serta kebergantungan ibu bapa untuk melahirkan para pelajar yang bersaing sengit untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi pada masa depan.



Kelayakan untuk Kerjaya Keguruan

Bagi para pelajar yang berhasrat untuk menceburi kerjaya keguruan, kelayakan yang perlu diperolehi bagi tujuan perjawatan adalah sekurang-kurangnya peringkat Sarjana Muda dalam Bidang Pendidikan.


Antara universiti yang menawarkan program-program Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan adalah seperti berikut:


Universiti Awam:

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Universiti Malaya (UM)

Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Universiti Putra Malaysia (UPM)

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Universiti Sains Malaysia (USM)

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Universiti Utara Malaysia (UUM)


IPTS:

Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

Wawasan Open University

Widad University College

SEGi University

Universiti HELP

Universiti Selangor (UNISEL)

Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)

University College of Yayasan Pahang



Merancang laluan akademik untuk kerjaya keguruan


Pada tahun 2024, KPM membuka ruang kemasukan yang lebih luas bukan sahaja kepada Lepasan SPM seperti tahun tahun sebelumnya malah turut dibuka untuk kategori Lepasan STPM/ STAM/ Matrikulasi.



Khusus untuk lepasan SPM 2023, KPM turut menawarkan Tajaan untuk Program Pelajar Cemerlang (PPC) ke luar negara.













Sebagai panduan kepada para pelajar lepasan SPM dan setaraf, antara pilihan laluan pendidikan untuk kerjaya keguruan adalah seperti berikut:


>>>1. Laluan PPISMP (Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan)


Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.


Permohonan guru KPM IPG DPLI
Iklan PISMP IPG KPM 2024

Pelajar lepasan SPM boleh memohon mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau tiga (3) semester di IPG yang akan ditetapkan oleh KPM.


Pelajar yang lulus PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama empat (4) tahun atau dua belas (12) semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.



CARA MEMOHON PISMP

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my yang biasanya dibuka pada bulan Mac untuk ambilan Jun setiap tahun.

Calon SPM/ STPM/ STAM/Matrikulasi Tahun 2023 boleh mengemukakan permohonan walaupun belum memiliki keputusan sebenar peperiksaan. Untuk tahun 2024, permohonan mula dibuka pada 14 Mac hingga 15 April 2024.


Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan dan tarikh menduduki e-UKCG. Calon mestilah menjalani saringan dan lulus e-UKCG sebelum dipanggil temu duga dan ujian kecergasan fizikal (UKF).



Untuk pengambilan tahun 2024, pelajar dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, ujian kecergasan fizikal (UKF), syarat bidang pengkhususan serta tarikh-tarikh penting proses pengambilan sebelum membuat permohonan.


SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

  1. Warganegara Malaysia.

  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2024 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2004

  3. Sihat tubuh badan.

  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

  5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.

  6. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris.

  7. Memenuhi syarat bidang pengkhususan. Rujuk syarat bidang pengkhususan. (https://pismp.moe.gov.my)

BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN

Sila semak senarai program di pautan berikut:

Untuk maklumat yang dikemaskini bagi tahun 2024, sila layari laman sesawang KPM: https://pismp.moe.gov.my



>>>2. Laluan Asasi, Matrikulasi, STPM dan Diploma


Selain PPISMP, bagi pelajar lepasan SPM yang berhasrat untuk meneroka peluang menjadi guru untuk sekolah rendah dan juga sekolah menengah, pilihan yang ada meliputi 4 pilihan meliputi Asasi, Matrikulasi, STPM atau Diploma sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda di IPG, IPTA atau IPTS.


Bagi pelajar yang meneruskan pengajian Sarjana Muda BUKAN bidang Pendidikan/ Perguruan, mereka perlu mengambil Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) selepas tamat Sarjana Muda sebelum boleh memohon ke profesion perguruan.


Secara amnya, kelayakan kemasukan lepasan SPM keempat-empat laluan ini adalah seperti berikut:

Permohonan guru KPM IPG DPLI
Laluan SPM ke Sarjana Muda


Perbandingan tempoh keseluruhan pengajian laluan ke profesion perguruan:

Permohonan guru KPM IPG DPLI


SENARAI PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN/PERGURUAN

Sila semak senarai program di pautan berikut: Senarai Program



PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) TAHUN 2024


Pada tahun 2024, KPM turut membuka Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM bagi graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda TANPA Pendidikan untuk mengikuti program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru (IPG). Program ini adalah sama seperti program DPLI yang ada ditawarkan oleh beberapa universiti awam. Walau bagaimanapun istimewanya program PDPP KPM ini ialah para pelajar yang berjaya menamatkan program PDPP akan diserap terus untuk jawatan guru di bawah KPM. Permohonan PDPP di pautan berikut: mypdpp.moe.gov.my


DPLI 2024



Rumusan

Permohonan guru KPM IPG DPLI

Kerjaya sebagai seorang guru sememangnya mencabar khususnya di era teknologi tanpa

sempadan khususnya untuk mendidik anak-anak meneroka pelbagai cabang ilmu, idea dan penemuan baharu serta sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif dalam penyelesaian masalah.


Pada masa yang sama guru juga perlu berdepan dengan pelajar masakini yang terdedah dengan pelbagai perkara sama ada yang membawa kebaikan ataupun keburukan.


Sehubungan itu, pelajar yang berhasrat untuk meneroka kerjaya bidang perguruan perlu bersedia bukan sahaja untuk menyumbang ilmu pengetahuan malah perlu kental dalam mental dan fizikal untuk menjadikan kerjaya ini sesuatu yang berharga.


Selamat Maju Jaya kepada semua bakal Guru.


Permohonan guru KPM IPG DPLI




553 views0 comments

Kommentare


bottom of page