top of page

UPUPocket dan Kaedah Pengiraan Merit

Updated: Feb 20

UPUPocket adalah satu aplikasi mudah alih (mobile) yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi yang bertujuan membantu pelajar dan ibu bapa mendapatkan perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.

UPUPocket UPUOnline

Di antara kemudahan yang disediakan melalui aplikasi UPU Pocket adalah seperti berikut:


1. Semakan Status UPU

Membolehkan pelajar menyemak status permohonan, semakan kelayakan dan semakan keputusan termasuk rayuan permohonan.


2. e-Panduan

Maklumat syarat kemasukan ke IPTA.


3. Kalkulator Merit

Pemohon boleh membuat kiraan pencapaian merit individu menggunakan aplikasi yang disediakan untuk tujuan pemilihan program mengikut bidang pengajian.


4. Takwim Pengambilan

Menyediakan butiran mengenai tarikh penting yang berkaitan dengan aktiviti permohonan dan UPUonline dan kemasukan ke IPTA.


5. Direktori IPTA

Maklumat IPTA termasuk alamat, emel dan nombor telefon untuk dihubungi bagi pertanyaan lanjut berkaitan program yang ditawarkan



Apakah yang dimaksudkan dengan Purata Merit?

Purata Merit adalah markah Merit yang diperoleh oleh pelajar-pelajar yang telah berjaya ditawarkan program tersebut pada tahun-tahun sebelumnya.


Kiraan markah merit dibuat berdasarkan konsep meritokrasi iaitu 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

Meritokrasi UPUOnline


Contoh Kiraan Merit:


1. Merit Mata Pelajaran Universal (40%)

Mata Pelajaran

Gred

Markah

Bahasa Melayu

A+

18

Bahasa Inggeris

A

16

Matematik

B+

12

Sejarah

B

10

JUMLAH


56

Markah= (56/72) x 40% = 31



2. Merit Mata Pelajaran Pakej (30%)

2 Mata Pelajaran Pakej (contoh STEM A)

Mata Pelajaran

Gred

Markah

Fizik

B

10

Matematik Tambahan

B+

12

JUMLAH


22

Markah= (22/36) x 30% = 18.3



3. Merit Mata Pelajaran Terbaik (10%)

2 Mata Pelajaran Lain Terbaik

Mata Pelajaran

Gred

Markah

Pendidikan Islam

A

18

Kimia

B+

12

JUMLAH


30

Markah= (30/36) x 10% = 8.3



KIRAAN MARKAH MERIT KESELURUHAN


Markah Mata pelajaran (MP) Universal + MP Pakej + MP Terbaik Lain

=31+18.3+8.3

=57.6


Jumlah markah ini dibahagi dengan Jumlah Markah Merit (80 markah) dan didarabkan dengan peratus Markah Akademik (90%)

=(57.6/80) x 90%= 64.8


Jumlah Markah Akademik yang dicapai pelajar adalah 64.8


Untuk mendapat Markah Merit Keseluruhan, Jumlah Markah Akademik di atas ditambah dengan Markah Kokurikulum yang diperolehi pelajar (10%).


Jika pelajar memperoleh Markah Kokurikulum 8 daripada keseluruhan 10 markah maka:


JUMLAH MERIT PELAJAR

=Markah Akademik (90%) + Markah Kokurikulum (10%)

64.8 + 8 = 72.8


Nota: Tidak perlu risau untuk kiraan merit ini kerana Aplikasi UPUPocket akan membuat kiraan markah ini secara automatik bila pelajar membuat permohonan nanti.

Melalui pengiraan merit ini, lepasan SPM boleh membandingkan markah merit yang pelajar perolehi dengan purata markah merit calon yang ditawarkan untuk setiap program pengajian.


Contoh Purata Merit Mengikut Bidang Pengajian dan Program





UPU Pocket Merit UPUOnline
UPUPocket

KAEDAH PENGGUNAAN

UPU POCKET





Muat turun aplikasi UPUPOCKET melalui APPSTORE, IOS DAN APPGALERY pada peranti pintar anda.



Kiraan Merit UPU Pocket UPUOnline
Formula Kiraan Merit

1. KIRA MARKAH MERIT MENGGUNAKAN KALKULATOR MERIT

Untuk memudahkan pelajar mendapatkan markah merit masing-masing, UPUPocket telah menyediakan kemudahan Kalkulator Merit.


Contoh di bawah adalah bagi pengiraan merit kategori Lepasan SPM Tahun Semasa:

  1. Klik Kalkulator Merit

  2. Pilih Kategori Lepasan SPM Tahun Semasa

  3. Masukkan gred yang dicapai berdasarkan mata pelajaran yang dipaparkan serta Markah Ko-Kurikulum (boleh dapatkan daripada pihak sekolah).

  4. Klik untuk mengira markah Merit

  5. Kalkulator akan memaparkan markah Merit yang diperolehi.

UPU Pocket Program UPUOnline
Langkah Kiraan Merit UPUPocket SPM STPM

UPU Pocket Merit UPUOnline




















2. SEMAK PURATA MERIT PROGRAM DAN UNIVERSITI YANG HENDAK DIPILIH


Selepas memperoleh Markah Merit, pelajar boleh membuat semakan dan perbandingan markah merit bagi program yang hendak dimohon.


Berikut adalah contoh bagi semakan program yang boleh dipohon oleh lepasan SPM Tahun Semasa.

  1. Klik e-Panduan

  2. Pilih Kategori A untuk lepasan SPM Tahun Semasa

  3. Klik IPTA/ILKA

  4. Pilih IPT untuk melihat senarai program pengajian yang ditawarkan

  5. Semak senarai program dan purata merit bagi program yang hendak dipilih

UPU Pocket Program UPUOnline
Semak Purata Merit Program di UPUPocket


UPU Pocket Program UPUOnline

Syor Untuk Memilih Program

Jika merit pelajar lebih rendah daripada purata merit bidang yang ingin dipohon maka peluang untuk pelajar ditawarkan tempat bagi bidang tersebut adalah rendah memandangkan pelajar perlu bersaing dengan pemohon lain yang memperoleh merit lebih tinggi.


Sehubungan itu, buat pilihan program dengan bijak berdasarkan pencapaian dan kelayakan anda sendiri dan pilih program yang sesuai dengan Markah Merit anda sendiri supaya anda mempunyai peluang tinggi mendapat tawaran pengajian. Pilihlah program di mana markah merit anda sekurang-kurangnya setara atau lebih tinggi supaya pelajar berpeluang mendapat tawaran.


Semoga panduan ini membantu pelajar dan ibu bapa dalam membuat keputusan dan pilihan yang terbaik.











3,155 views

Komentarze


bottom of page