top of page

5 FAKTOR UTAMA DALAM MERANCANG HALATUJU SELEPAS SPM



1. MINAT DAN KECENDERUNGAN PELAJAR

Kenal pasti dan tentukan bidang yang anda minati. Perkara utama ialah mencari sesuatu yang dekat di hati dan anda minat serta gembira untuk pelajari.


2. BIDANG YANG BERSESUAIAN

Kenal pasti bidang pengajian dan pilih program yang sesuai dengan minat anda.

3. PROSPEK KERJAYA

Terokai prospek kerjaya program yang dipilih. Semak Prospek Kerjaya program pilihan anda; dan Ambil Ujian Ringkas untuk mengetahui kerjaya terbaik berkaitan minat dan bakat anda.


4. PILIHAN IPT

Dapatkan maklumat yang tepat berkaitan IPT termasuk:

i. Jenis dan kriteria IPT

ii. Program yang ditawarkan dan status akreditasi program (MQA)

iii. Penarafan IPT oleh KPT yang merangkumi:

  • Sistem Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA) Mengukur jaminan kualiti dan standard universiti dan kolej universiti di Malaysia berdasarkan autonomi, kualiti dan prestasi institusi.; dan

  • Sistem Penilaian Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta (MyQUEST) -menilai tahap kualiti Kolej Swasta di Malaysia


5. SUMBER KEWANGAN

Dapatkan maklumat lengkap berkaitan:

  • keseluruhan kos pengajian meliputi Yuran Pendaftaran, Pengajian, Penginapan serta kos sara diri.

  • Sumber pembiayaan termasuk biasiswa, penajaan, pinjaman, bantuan serta pengeluaran simpanan KWSP dsb

61 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page