PERMOHONAN KE MATRIKULASI KPM 2025
Updated: Jan 6, 2025

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan salah satu laluan pra-universiti yang popular di Malaysia bagi lepasan SPM. Program ini menawarkan persiapan akademik yang intensif bagi melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah, terutama dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).
Artikel kali ini akan berkongsi info berkaitan permohonan ke Matrikulasi KPM 2025 serta proses semakan dan pendaftaran pelajar ke Kolej Matrikulasi.
1. Bidang/Jurusan Pengajian Matrikulasi KPM
Program Matrikulasi KPM menawarkan lima (5) jurusan utama yang dirancang untuk memenuhi keperluan pelbagai bidang di universiti:
Jurusan Sains: Merangkumi subjek Fizik, Kimia, Biologi, dan Matematik bagi pelajar yang berhasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang Sains, Kejuruteraan, Perubatan, Pergigian, Farmasi, dan bidang berkaitan sains lain.
Jurusan Kejuruteraan: Ditawarkan kepada pelajar yang berminat dalam pengajian kejuruteraan dengan subjek Matematik, Kimia, dan Fizik.
Jurusan Perakaunan: Merangkumi subjek Matematik, Ekonomi, dan Perkaunan, sesuai bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian dalam bidang Perakaunan, Perniagaan, Ekonomi, dan Pengurusan.
Jurusan Perakaunan Profesional: Sesuai bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian bidang Perakaunan Profesional di UiTM untuk kerjaya sebagai Akauntan Bertauliah.
Jurusan Sains Komputer (Baru diperkenalkan untuk kemasukan 2025): Sesuai bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian Jurusan Sains Komputer, Kejuruteraan Perisian, Teknologi Maklumat, Sistem Maklumat dan Sains Data.
2. Syarat Kelayakan Permohonan
Untuk memohon Program Matrikulasi KPM, pelajar perlu memenuhi syarat kelayakan berdasarkan keputusan SPM. Syarat-syarat am termasuk:
Warganegara Malaysia: Program ini hanya terbuka untuk pelajar warganegara Malaysia.
Lulus dalam Subjek Bahasa Melayu dan Sejarah: Kedua-dua subjek ini wajib lulus.

Syarat Kelayakan Matrikulasi KPM Mengikut Jurusan
Berikut adalah jadual perbandingan syarat kelayakan SPM bagi permohonan program Matrikulasi KPM mengikut bidang pengajian yang dinyatakan:
Bidang Pengajian | Syarat Kelayakan |
Jurusan Sains (SDS - Sistem 2 Semester) |
|
Jurusan Sains (SES - Sistem 4 Semester) |
|
Jurusan Kejuruteraan |
|
Jurusan Perakaunan |
|
Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) |
|
Jurusan Sains Komputer | Minimum Gred C dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta Lulus Sejarah.
|
Untuk maklumat lebih lanjut dan syarat terkini, pelajar boleh melayari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
3. Tempoh Pengajian
Program Matrikulasi KPM ditawarkan dalam dua modul tempoh pengajian:
Program Satu Tahun (PST): Tempoh pengajian adalah selama dua semester (1 tahun).
Program Dua Tahun (PDT): Tempoh pengajian adalah selama empat semester (2 tahun) bagi pelajar yang memerlukan lebih masa untuk mengukuhkan asas pengetahuan mereka.
Kedua-dua program ini memberi pelajar persiapan akademik yang lengkap untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di IPT.
4. Senarai IPT yang Menerima Matrikulasi KPM
Lulusan Program Matrikulasi KPM diiktiraf oleh hampir semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Selain IPTA, sebahagian universiti swasta juga mengiktiraf sijil Matrikulasi sebagai kelayakan kemasukan ke program ijazah mereka.
5. Cara Memohon
Permohonan ke Program Matrikulasi KPM boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web rasmi KPM. Layari laman web KPM (https://matrikulasi.moe.gov.my/) untuk maklumat terkini mengenai tarikh permohonan.
6. Peluang Pembiayaan
Program Matrikulasi KPM menawarkan yuran pengajian yang sangat berpatutan dengan sokongan kerajaan. Selain itu, pelajar juga menerima menerima elaun sara hidup daripada kerajaan yang bertujuan meringankan beban kewangan pelajar.
7. Kelebihan Program Matrikulasi KPM
Program Matrikulasi KPM menawarkan beberapa kelebihan utama yang menjadikannya pilihan popular di kalangan pelajar SPM:
Tempoh Pengajian yang Singkat: Program satu tahun membolehkan pelajar memasuki IPT untuk program Sarjana Muda dengan lebih cepat berbanding laluan lain seperti STPM atau Diploma.
Pelbagai Bidang Pengajian: Jurusan Sains, Kejuruteraan, Perakaunan & Sains Komputer menawarkan pilihan yang luas untuk pelbagai bidang kompetitif di peringkat Sarjana Muda.
Peluang Pengajian Luar Negara: Di bawah Skim PPC, pelajar cemerlang Matrikulasi juga berpeluang untuk melanjutkan pengajian di luar negara dalam bidang STEM.
Pembiayaan Pengajian: Yuran pengajian dan elaun sara hidup yang ditanggung Kerajaan menjadikan program ini mampu milik.
Sistem Pembelajaran dan Penilaian Tersusun: Pengajian berasaskan semester memberi peluang untuk pelajar menguasai subjek secara sistematik.
Kemasukan Terus ke Universiti: Lulusan matrikulasi boleh terus memohon ke IPTA (melalui UPU Online) atau IPTS dalam bidang pengajian yang berkaitan dengan jurusan mereka.
Persiapan Akademik yang Mantap: Silibus matrikulasi dirancang untuk melatih pelajar dalam aspek kemahiran analitikal, penulisan, dan pemahaman konsep.
Pengiktirafan ke Perkhidmatan Awam: Semua lulusan Program Matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017.
PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG (PPC) MATRIKULASI DI BAWAH SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PROGRAM MATRIKULASI

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga membuka peluang
kepada pelajar cemerlang Program Matrikulasi KPM untuk memohon Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) bawah Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (SLTPPM) pada setiap tahun.
Program ini menawarkan Biasiswa Perguruan Persekutuan untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) dan Perakaunan di universiti terkemuka dalam dan luar negara.
Bermula tahun 2022, Program PPC Matrikulasi juga diperluas dalam bidang Bahasa Inggeris untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda TESL di Universiti Malaya. Pelajar yang berjaya menamatkan program ini akan ditempatkan sebagai tenaga pengajar di kolej-kolej matrikulasi KPM seluruh negara.
Ringkasan
Program Matrikulasi KPM adalah laluan yang ideal bagi pelajar SPM yang ingin melanjutkan pengajian dengan cepat dan mampu milik. Program ini menyediakan platform untuk pengukuhan akademik dan persediaan asas yang kukuh bagi pelbagai kursus di IPTA dan IPTS.
---------------------------------------------------
PROSES SELANJUTNYA SELEPAS PERMOHONAN MATRIKULASI KPM 2025
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN
Calon lepasan SPM yang telah membuat permohonan untuk pengajian Matrikulasi KPM boleh membuat semakan keputusan permohonan pada kebiasaannya dalam bulan Jun setiap tahun. Calon boleh membuat semakan keputusan melalui laman web KPM seperti berikut: https://matrikulasi.moe.gov.my
TAWARAN DAN PROSES PENDAFTARAN
Apakah yang perlu pelajar lakukan untuk terima tawaran Program Matrikulasi?
Pelajar perlu:
layari https://matrikulasi.moe.gov.my, klik butang setuju terima, muat turun dokumen dan ikuti langkah-langkah yangdinyatakan;
membuat pembayaran yuran di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara dalam talian mengikut jumlah yang ditetapkan; dan
mendaftar secara dalam talian mengikut kolej masing-masing.
PENDAFTARAN
Bagaimana kaedah pendaftaran pelajar baharu Program Matrikulasi?
Pendaftaran pelajar baharu akan dilaksanakan secara dalam talian mulai bulan Jun 2024 (tertakluk kepada perubahan semasa). Pelajar perlu mendaftar di laman sesawang kolej masing-masing.
Sekiranya anda mengalami masalah untuk mendaftar secara dalam talian, anda boleh menghubungi pihak kolej di talian seperti dibawah:
Institusi / Alamat | Telefon | E-mel / Laman Web |
Kolej Matrikulasi Melaka Kementerian Pendidikan Malaysia, 78300 Masjid Tanah, Melaka. | 06-3832000 | E-mel:kmm@kmm.matrik.edu.my Laman Web: http://www.kmm.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Kementerian Pendidikan Malaysia, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan. | 06-4841825 | E-mel:info@kmns.matrik.edu.my Laman Web: http://www.kmns.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Kementerian Pendidikan Malaysia, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. | 04-5756090 | E-mel:info@kmpp.matrik.edu.my Laman Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi PerlisKementerian Pendidikan Malaysia, 02600 Arau, Perlis. | 04-9868613 04-9868614 04-9868615 04-9868616 | E-mel:info@kmp.matrik.edu.my Laman Web: http://www.kmp.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Labuan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan OKK Daud, Merinding, Peti Surat 81735, 87027 Wilayah Persekutuan Labuan. | 087-465311 087-465314 | E-mel:adminkml@kml.matrik.edu.my Laman Web: http://www.kml.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Johor Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan Payamas, 84900 Tangkak, Ledang, Johor. | 06-9781613 | E-mel:info.kmj@kmj.matrik.edu.my Laman Web: http://www.kmj.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi PerakKementerian Pendidikan Malaysia, 31600 Gopeng, Perak. | 05-3594449 05-3594600 | E-mel:info@kmpk.matrik.edu.my Laman Web: http://www.kmpk.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Kedah Kementerian Pendidikan Malaysia, 06010 Changlun, Kedah. | 04-9286100 | E-mel:info@kmk.matrik.edu.my Laman Web: http://www.kmk.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Pahang Kementerian Pendidikan Malaysia, 26300 Gambang, Pahang. | 09-5495000 | E-mel:info@kmph.matrik.edu.my Laman Web: http://www.kmph.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah Kementerian Pendidikan Malaysia, Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah. | 04-4682508 | E-mel: admin.kmtk.matrik@1govuc.gov.my Laman Web: http://www.kmtk.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang Kementerian Pendidikan Malaysia, 26400 Bandar Jengka, Pahang. | 09-4677103 | Laman Web: http://www.kmtph.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor Kementerian Pendidikan Malaysia, KM 5, Jalan Kukup, Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor. | 07-6881629 07-6881630 | E-mel:info@kmtj.matrik.edu.my Laman Web: http://www.kmtj.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Selangor Kementerian Pendidikan Malaysia, Kathong Mukim Jugra, 42700 Banting, Selangor. | 03-31201410 | E-mel:webmaster@kms.matrik.edu.my Laman Web: http://www.kms.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Kelantan Kementerian Pendidikan Malaysia, Beg Berkunci No. 3, 16810 Selising, Kelantan. | 09-7808000 | E-mel:webmaster@kmkt.matrik.edu.myLaman Web: http://www.kmkt.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Sarawak Kementerian Pendidikan Malaysia, Lot 216, Fasa II, Taman Perindustrian Sejingkat, Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak. | 082-439100 | E-mel:admin@kmsw.matrik.edu.my Laman Web: http://www.kmsw.matrik.edu.my |
Kolej MARA Kulim Jalan Junjong, 09000 Kulim, Kedah. |
04-4906422 | E-mel:info@kmkulim.edu.my Laman Web: http://www.kmkulim.edu.my |
Kolej MARA Kuala Nerang Lot 556, Daerah Padang Terap, 06300 Kuala Nerang, Kedah. | 04-7867250 04-7867255 | E-mel:sysadmin@kmknerang.edu.my Laman Web: http://www.kmkn.edu.my |
YURAN
Apakah yuran yang perlu dibayar oleh pelajar Program Matrikulasi?
Hanya yuran pendaftaran sahaja yang dikenakan. Kos pengajian dan kos penginapan adalah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan kecuali JPPro perlu membuat pembayaran tambahan untuk pembelian buku dan yuran peperiksaan ACCA.
a) Perincian yuran pendaftaran bagi Kolej Matrikulasi adalah seperti berikut:
Nota:
* Bayaran tambahan RM0.60 dikenakan oleh pihak BSN
** Bayaran tambahan untuk JPPro:
Semester I RM600.00 untuk pembelian buku
Semester II RM1,690.00 untuk yuran peperiksaan ACCA
b) Yuran pendaftaran bagi Kolej MARA adalah tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh pihak MARA dan perincian yuran akan dimaklumkan di dalam surat tawaran.
RAYUAN
RAYUAN UNTUK KEMASUKAN
Calon lepasan SPM yang telah memohon tetapi tidak mendapat sebarang tawaran boleh membuat rayuan untuk kemasukan ke program Matrikulasi.
Bilakah pelajar boleh membuat rayuan sekiranya tidak mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi?
Rayuan boleh dibuat secara dalam talian sahaja melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my selepas keputusan calon jaya diumumkan secara rasmi iaitu pada 20-30 Jun 2024.
Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan rayuan ke Program Matrikulasi?
Keputusan rayuan boleh disemak melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my. Keputusan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat.
RAYUAN PERTUKARAN PROGRAM
Calon yang telah menerima tawaran tetapi ingin mengubah jurusan juga boleh membuat rayuan pertukaran program. Sebagai contoh, pelajar memohon Jurusan Sains semasa mengisi borang permohonan secara dalam talian dan pelajar berjaya ditawarkan Jurusan Sains. Namun sekarang pelajar lebih berminat dengan Jurusan Perakaunan.
Apa yang perlu pelajar lakukan?
Permohonan pertukaran jurusan adalah seperti berikut:
Jurusan Sains Sistem Dua Semester (SDS) ke Jurusan Perakaunan: permohonan dibuat kepada Pengarah kolej masing-masing.
Selain daripada Jurusan Sains ke Perakaunan: permohonan dibuat melalui pautan
https://matrikulasi.moe.gov.my pada 20-22 Jun 2024.
Tarikh keputusan rayuan pertukaran jurusan akan dimaklumkan kemudian. Semakan boleh dibuat melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my.
Walau bagaimanapun kelulusan pertukaran adalah bergantung kepada kekosongan tempat, syarat kelayakan dan merit jurusan yang dipohon.
PERTUKARAN KOLEJ
Bolehkah pelajar memohon pertukaran kolej?
Tidak. Kecuali memenuhi syarat berikut:
Pelajar memerlukan rawatan perubatan berkala disebabkan sakit kronik yang berpanjangan;
Adik-beradik ditempatkan di kolej matrikulasi yang berlainan; atau
Pertukaran waris pelajar dari Semenanjung ke Sabah/ Sarawak atau sebaliknya.
Semua permohonan rayuan pertukaran kolej boleh dibuat melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my selepas keputusan calon jaya diumumkan.
Tarikh keputusan rayuan pertukaran kolej akan dimaklumkan kemudian. Semakan boleh dibuat melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my.
Kelulusan pertukaran adalah bergantung kepada kekosongan.
PENANGGUHAN
Bolehkah pelajar menangguh pendaftaran?
Tidak boleh. Kecuali atas masalah kesihatan, kemalangan dan lain-lain dengan merujuk pihak pengurusan kolej yang ditawarkan.
Adakah pelajar dibenarkan untuk menangguh pengajian?
Ya. Pelajar dibenarkan sekiranya mengalami masalah kesihatan kronik yang memerlukan rawatan berterusan.
Walau bagaimanapun pelajar perlu mendaftar di kolej matrikulasi yang ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon penangguhan pengajian.
Permohonan perlu dikemukakan kepada Pengarah kolej masing-masing.
PELUANG PENDIDIKAN DAN KERJAYA LEPASAN MATRIKULASI KPM
Bidang yang boleh diceburi di peringkat ijazah pertama bagi setiap jurusan adalah seperti berikut:
Jurusan Sains:
Sains Hayat: Perubatan, Pergigian, Optometri, Farmasi, Sains, Kejuruteraan, Pendidikan, Teknologi Maklumat, Seni Bina, Kejururawatan, Sains Forensik, Sains Kesihatan Bersekutu dan lain-lain.
Sains Fizikal: Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Pendidikan, Siber Sekuriti, Bioteknologi, R&D, Artificial Intelligence (Al) dan lain-lain.
Sains Komputer: Teknologi Maklumat, Perubatan, Pergigian, Optometri, Farmasi, Siber Sekuriti, Artificial Intelligence (Al) dan lain-lain.
Jurusan Kejuruteraan: Kejuruteraan Awam/ Mekanikal/ Elektrik dan Elektronik, Kejuruteraan Aeronautik, Kejuruteraan Petroleum dan Gas, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Seni Bina dan lain-lain bidang kejuruteraan.
Jurusan Perakaunan: Keusahawanan, Pentadbiran Perniagaan, Kewangan dan Perbankan, Ekonomi dan Pemasaran, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Risiko dan Insurans, Komunikasi Massa dan lain-lain bidang perakaunan.
Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro): Sijil Profesional Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di UiTM, Perakaunan, Perniagaan, Ekonomi dan lain-lain.
Semoga info ini bermanfaat dan membantu pelajar serta ibu bapa dalam memahami proses kemasukan ke program Matrikulasi KPM serta peluang-peluang yang tersedia selepas tamat pengajian.
SELAMAT MAJU JAYA BUAT SEMUA!
<<<------------------------------------------------------------------------------------------>>>
Bacaan berkaitan:








luck8 giúp tôi đánh giá khả năng tìm kiếm nội dung thông qua cách bố trí danh mục. Tôi thử chuyển sang game bài, bắn cá và đá gà để quan sát sự khác biệt giữa từng khu vực. Mỗi nhóm có tiêu đề nhận diện tương đối rõ, giúp tôi nhanh chóng hiểu mình đang xem phần nào. Khi quay lại trang chính, vị trí các mục điều hướng vẫn tạo cảm giác quen thuộc nên tôi không phải dò tìm lại từ đầu. Cách tổ chức này đặc biệt thuận tiện khi tôi muốn thay đổi nội dung liên tục mà vẫn giữ được trình tự thao tác rõ ràng và hạn chế những bước chuyển không cần thiết
hitclub giúp mình đánh giá rõ hơn về cách một hệ thống giải trí có thể tổ chức nhiều nội dung trong cùng giao diện. Sau nhiều lần truy cập, mình chú ý đến sự phân chia giữa game bài, casino, thể thao, nổ hũ và bắn cá, qua đó việc tìm kiếm khu vực mong muốn diễn ra thuận tiện hơn. Bố cục tổng thể được trình bày khá gọn, các thành phần hiển thị không tạo cảm giác quá tải khi theo dõi trong thời gian dài. Khi chuyển qua những chức năng khác nhau, mình nhận thấy phản hồi tương đối ổn định và tốc độ tải được duy trì tốt. Giao diện trên điện thoại và máy…
789F cho mình góc nhìn khá rõ về cách hệ thống xử lý nhiều nhóm nội dung cùng lúc. Khi kiểm tra các khu vực giải trí, mình nhận thấy thể thao, casino, bắn cá, nổ hũ, xổ số và đá gà đều có cách nhận diện tương đối riêng. Điều này đặc biệt hữu ích khi cần chuyển đổi liên tục giữa các sản phẩm. Casino tập trung vào không gian phòng và bàn, bắn cá hướng đến hệ thống trò chơi đại dương, còn nổ hũ có kho game riêng. Cách phân chia theo đặc điểm từng sảnh giúp thông tin dễ quan sát và hạn chế cảm giác quá tải khi sử dụng
ex88 mang đến cho mình cảm nhận khá cân bằng khi quan sát lượng thông tin được hiển thị trên từng khu vực. Các nhóm như thể thao, casino, slot, bắn cá và xổ số đều có phạm vi riêng, giúp nội dung được chia nhỏ thay vì tập trung trên một màn hình duy nhất. Khi theo dõi khu thể thao, mình có thể tập trung vào thông tin sự kiện mà không bị lẫn với dữ liệu của casino hoặc slot. Cách trình bày này cũng hỗ trợ việc chuyển đổi mục tiêu sử dụng nhanh hơn. Theo quan sát của mình, những thành phần quan trọng vẫn dễ nhận biết trên điện thoại và máy tính, tạo cảm…
Điều tôi chú ý khi xem s8 là cách các nhóm nội dung được phân bổ trên giao diện thay vì chỉ tập trung vào số lượng sản phẩm. Những khu vực chính được đặt theo cấu trúc tương đối nhất quán, sau đó từng nội dung lại được chia thành những lựa chọn nhỏ hơn. Casino có thể tiếp cận theo từng bàn chơi, slot được phân theo chủ đề, còn bắn cá giữ một sảnh riêng để thao tác. Ở khu thể thao, thông tin được sắp xếp theo từng sự kiện giúp việc theo dõi thuận tiện hơn. Game bài cũng được nhận diện như một nhóm độc lập. Với cách tổ chức này, tôi không cần di…