top of page

Bagaimana Sistem UPUOnline Membuat Pemilihan Kemasukan?

Updated: Feb 12



Secara amnya, keseluruhan proses pemilihan pelajar ke IPTA melalui UPU Online adalah seperti di bawah.



Setiap pemohon diberi peluang untuk menyenaraikan 12 program mengikut pilihan masing-masing dan sistem akan membuat semakan susunan Markah Merit berdasarkan 3 kriteria utama iaitu Syarat Kelayakan, Kekosongan Tempat dan Keputusan Ujian/Temuduga (bagi program bertemuduga sahaja).


Pemohon yang tidak memenuhi mana-mana kriteria yang telah ditetapkan dianggap tidak layak dan tidak akan ditawarkan sebarang program berdasarkan pilihan mereka. Sehubungan itu adalah amat penting untuk memberi perhatian dalam kaedah membuat pemilihan program.



Tips dalam membuat pemilihan program di UPUOnline


Para pelajar diberi peluang untuk menyenaraikan 12 program pilihan di UPU Online. Sehubungan itu, adalah penting pemilihan program ini dibuat dengan cara yang betul untuk meningkatkan peluang mendapat tawaran tempat pengajian di IPTA. Kebanyakan pemohon yang gagal mendapat tawaran adalah disebabkan kegagalan dalam membuat pilihan dengan cara yang betul.


Beri perhatian kepada Tips berikut:


1. Kenal pasti bidang pilihan yang diminati.

Sepertimana dimaklumkan pada awal buku panduan ini, adalah sangat penting untuk para pelajar mengenal pasti dan menetapkan bidang yang anda minati. Senaraikan pilihan bidang yang diminati dan susun mengikut tahap minat.

Contoh:









2. Semak Purata Merit

Para pelajar boleh membuat kiraan pencapaian merit melalui Kalkulator Merit di UPU Pocket. Sebelum membuat pilihan, adalah amat penting untuk membuat semakan purata merit bagi bidang yang ingin dipohon dan bandingkan dengan pencapaian merit pelajar sendiri. Jika merit pelajar lebih rendah daripada purata merit bidang yang ingin dipohon maka peluang untuk ditawarkan tempat bagi bidang tersebut adalah rendah memandangkan pelajar perlu bersaing dengan pemohon lain yang memperoleh merit lebih tinggi.


Contoh Purata Merit Mengikut Bidang Pengajian dan Program


3. Pilihan Program

Dalam keadaan di mana pelajar mencapai tahap minimum atau melebihi purata merit bidang pilihan, pecahkan 12 pilihan program di UPU Online kepada 3 atau 4 bidang teratas dengan pilihan di beberapa pilihan IPTA yang menawarkan program dalam bidang tersebut seperti disenaraikan mengikut syarat kelayakan.


Contoh:

Para pelajar diingatkan bahawa Pilihan 1 adalah sangat penting. Sehubungan itu, pelajar perlu meletakkan program yang dirasakan paling berpotensi berdasarkan syarat kelayakan dan pencapaian merit untuk anda mendapat tawaran.


99 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page