Panduan Fasa 2 UPU Online dan Fasa Kemaskini
- Mohd Fairus Abu Hanifah
- Apr 5, 2024
- 3 min read
Updated: May 9, 2024

Permohonan UPU Online Fasa 1 yang dibuka pada 29 Februari 2024 telah pun ditutup pada 31 Mac 2024. Sebagaimana yang kita tahu terdapat 2 lagi Fasa di UPU Online iaitu Fasa 2 dan Fasa Kemaskini. Apa yang boleh dibuat oleh pelajar pada fasa-fasa berikut ini?
FASA 2 UPU Online
Tarikh Buka: 29 April 2024
Tarikh Tutup: 9 Jun 2024
SENARIO 1:
PELAJAR YANG BELUM MEMBUAT PERMOHONAN SEMASA FASA 1
Pada Fasa 2 ini, para pelajar lepasan SPM/ STPM setaraf yang tidak sempat atau terlepas tarikh untuk permohonan di Fasa 1 boleh mengemukakan permohonan. Walau bagaimanapun, program yang boleh dipohon hanyalah program tanpa temuduga/ ujian sahaja. Ini kerana sesi temuduga/ ujian bagi program-program tersebut yang dibuka semasa Fasa 1 akan dikendalikan pada bulan Mei.
Pada Fasa 2 ini pelajar belum membuat permohonan masih boleh membuat permohonan sama seperti proses di Fasa 1.
Proses permohonan:
Pembelian Pin BSN Bagi tujuan permohonan, pemohon belum membuat pembelian Pin BSN boleh membuat pembelian sama ada di kaunter BSN atau secara dalam talian (bagi yang memiliki akaun BSN)
Memulakan Permohonan • Layari portal rasmi UPU Online di https://upu.mohe.gov.my. Jika anda adalah pengguna baru, klik pada ‘Daftar Akaun Baru’. • Selepas mendaftar akaun baru dan klik “Daftar”, tekan butang “Kembali”. • Masukkan semula maklumat Kad Pengenalan, Kata Laluan dan Kategori Pemohon sama ada SPM atau STPM/Setaraf. Kllik “Log Masuk”.
Dashboard UPUOnline • Untuk memulakan permohonan, klik menu “Permohonan di sebelah kiri Dashboard. • Masukkan semula maklumat Kad Pengenalan dan pilih Kategori Pemohon.
Syarat Kelayakan Semak syarat kelayakan (Syarat Am, Syarat Khas dan Purata Merit) untuk program yang anda minat. Anda boleh merujuk kepada e-panduan di portal UPU atau di Aplikasi UPUPocket.
Pemilihan Program Anda akan diberi pilihan untuk memilih program pengajian berdasarkan bidang yang anda minat. Pastikan anda memilih mengikut bidang keutamaan serta memenuhi syarat kelayakan. Selepas keputusan sebenar SPM/ STPM diumumkan (dijangka pada penghujung bulan Mei/ awal Jun), sistem akan membuat padanan keputusan peperiksaan sebenar dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia/ Majlis Peperiksaan Malaysia dan seterusnya menyenaraikan program-program yang layak sahaja secara automatik. Pelajar perlu mengemaskini semula senarai program mengikut kelayakan.
Pengesahan Lengkapkan permohonan dan klik pada ‘Simpan’.
Cetak Slip Setelah selesai, cetak slip permohonan sebagai bukti dan rekod permohonan telah dibuat.
SENARIO 2:
PELAJAR YANG TELAH MEMBUAT PERMOHONAN SEMASA FASA 1
Bagi pelajar yang telah membuat permohonan semasa Fasa 1, anda boleh membuat pindaan khususnya pilihan program (kecuali program bertemuduga/ ujian) serta maklumat peribadi sekiranya terdapat perubahan.
FASA KEMASKINI
Kategori SPM setaraf (tahun semasa): Minggu ke-2 Jun 2024
Kategori STPM setaraf (tahun semasa): Minggu ke-4 Julai 2024
Bagi Kategori pemohon lepasan SPM/ STPM (tahun semasa), pada Fasa Kemaskini iaitu selepas keputusan sebenar SPM/ STPM diumumkan (keputusan SPM pada 27 Mei 2024), sistem akan membuat padanan keputusan peperiksaan sebenar dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia/ Majlis Peperiksaan Malaysia/ KPM/ Pusat Asasi dan seterusnya menyenaraikan program-program yang layak sahaja secara automatik. Pelajar seterusnya perlu mengemaskini semula senarai program pilihan mengikut kelayakan dan merit yang sesuai.
Pada Fasa terakhir ini, pelajar perlu lebih berhati-hati apabila menyenaraikan semula program pilihan berdasarkan syarat kelayakan dan merit program. Jangan pilih program yang sememangnya pelajar tidak minat semata-mata ingin memenuhkan senarai 12 pilihan tersebut. Ini kerana jika pelajar ditawarkan program yang tidak diminati tersebut kelak, maka anda tidak lagi berpeluang untuk membuat rayuan bagi program-program yang betul-betul diminati. HANYA PELAJAR YANG TIDAK MENDAPAT TAWARAN SAHAJA BOLEH MEMBUAT RAYUAN.
Berdasarkan pengalaman, sebahagian pelajar berjaya ditawarkan program pilihan apabila membuat rayuan. Ini kerana terdapat kekosongan tempat apabila ada pelajar yang menolak program tersebut. Jadi, pada peringkat terakhir ini, pilihlah program dengan teliti setelah berbincang dengan ibu bapa.
Muat Naik Dokumen
Pada Fasa 2 dan Fasa Kemaskini ini juga, pelajar kategori lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ Diploma setaraf (bukan tahun semasa) boleh memuat naik dokumen yang diperlukan khususnya Transkrip Akhir (penuh) serta keputusan MUET sekiranya tidak dimuat naik semasa Fasa 1. Tempoh akhir untuk memuat naik dokumen-dokumen ini sekiranya masih tiada di Fasa 2 adalah semasa Fasa Kemaskini yang akan dibuka selama 1 minggu selepas Fasa 2 ditutup.
Semoga info ini bermanfaat dan membantu pelajar-pelajar / ibu bapa semua dalam proses permohonan di UPU Online.
Info lain berkaitan Permohonan UPU Online:







Trong lúc quan sát cách sắp xếp nội dung của As9 , tôi nhận thấy nền tảng ưu tiên sự rõ ràng trong điều hướng hơn là trình bày quá nhiều chi tiết cùng lúc. Các chuyên mục thể thao, casino live, game bài, nổ hũ, bắn cá, đá gà, xổ số và khuyến mãi được phân chia theo từng khu vực riêng giúp việc tìm kiếm diễn ra thuận tiện hơn. Trong quá trình thao tác, giao diện phản hồi nhanh, tốc độ tải dữ liệu ổn định và cách hiển thị giữa các danh mục khá đồng bộ. Điều này giúp người dùng dễ ghi nhớ cấu trúc hệ thống, tiết kiệm thời gian thao tác và duy trì…
Mình thường xem cách một nền tảng hiển thị thông tin trước khi chú ý đến nội dung, và shbet để lại cảm giác khá cân đối. Phần giấy phép như Costa Rica, CEZA hay iTech Labs được tách thành từng khu vực riêng nên dễ đọc hơn. Không cần cuộn quá nhiều vẫn có thể nắm được các nội dung chính. Đây là chi tiết mình đánh giá khá tích cực.
Khi trải nghiệm Bet88 trên nhiều thiết bị khác nhau, mình nhận thấy nền tảng giữ được sự đồng bộ khá tốt trong cách hiển thị và sắp xếp nội dung. Các nhóm như bắn cá, casino live, game bài và thể thao vẫn xuất hiện ở vị trí quen thuộc nên không mất nhiều thời gian làm quen khi chuyển từ điện thoại sang máy tính. Mình cũng quan sát thấy các nút chức năng được tối ưu phù hợp với từng màn hình giúp thao tác diễn ra thuận tiện hơn. Trong quá trình sử dụng, tốc độ phản hồi ổn định góp phần duy trì trải nghiệm nhất quán.
During my observation of how gaming platforms manage user interaction and information hierarchy in everyday browsing, 55club impressed me with a layout that keeps major categories separated while maintaining a clean visual presentation, sports casino slots fishing and lottery sections are arranged logically so moving between them feels simple and predictable, I noticed that transitions remained responsive during repeated navigation and menu placement stayed familiar across different devices, this consistency helps reduce confusion while improving browsing efficiency, overall the platform creates a practical experience where clear organization stable performance and straightforward navigation work together to support comfortable exploration across different entertainment categories and regular usage sessions
Trong lúc trải nghiệm nhiều tính năng khác nhau, tôi nhận thấy pg66 duy trì bố cục giao diện nhất quán giữa các khu vực. Các chuyên mục game bài, slot quay thưởng, thể thao, bắn cá, đá gà và xổ số đều được trình bày rõ ràng để người dùng dễ quan sát. Trong quá trình sử dụng, giao diện phản hồi nhanh, tốc độ tải dữ liệu ổn định và việc chuyển đổi giữa các nội dung diễn ra mượt mà. Điều này giúp việc tiếp cận hệ thống trở nên đơn giản hơn, đồng thời mang lại cảm giác sử dụng liên tục khi khám phá nhiều danh mục giải trí khác nhau